puncak pengeluaran (Ig. production peak; Br. puncak pengeluaran; Id. puncak produksi) | | Veterinar | Tiada | Jangka masa pengeluaran tertinggi dalam tempoh keseluruhan pengeluaran telur atau susu yang dihasilkan oleh ternakan. Pada ternakan seperti ayam penelur, puncak pengeluaran telur biasanya berlaku pada umur 28 hingga 33 minggu dengan penghasilan melebihi 78%. Bagi haiwan tenusu, tempoh ini berlaku pada bulan kedua selepas melahirkan anak. |
production level | tingkat pengeluaran; takat pengeluaran | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
production level | tingkat pengeluaran; takat pengeluaran | Perikanan | Tiada | Tiada |
production level | tingkat pengeluaran; takat pengeluaran | Sosiologi | Tiada | Tiada |
green house production | pengeluaran rumah hijau | Pertanian | Agroteknologi | Pengeluaran hasil pertanian seperti sayur-sayuran, buah-buahan atau bunga-bungaan dari rumah kaca. Rumah kaca ini menggunakan teknologi tinggi dan dilengkapi dengan kemudahan sistem hidroponik, cahaya, suhu, pengairan dan kawalan komputer untuk meningkatkan pengeluaran secara maksimum. Pengeluaran sebegini jauh lebih tinggi berbanding pengeluaran secara terbuka atau konvensional kerana serangan penyakit dan serangga serta keadaan kelembapan boleh dikawal. Pengeluaran rumah hijau biasanya digunakan untuk penghasilan tanaman bernilai tinggi seperti bunga-bungaan, sayur-sayuran seperti tomato, strawberi, salad dan cili. Di kawasan beriklim sejuk, pengeluaran rumah hijau membolehkan tanaman dilakukan semasa musim sejuk. |
vertical integrated farming | perladangan integrasi menegak | Veterinar | Tiada | Sistem perladangan yang melibatkan beberapa operasi yang melibatkan pengeluaran baka, pengeluaran anak untuk pedaging atau penelur, pemeliharaan pedaging dan penelur, penghasilan telur atau daging serta pengeluaran produk hiliran seperti burger atau sosej. Di samping itu, sistem perladangan ini juga menjalankan operasi penghasilan makanan ternakan. Di Malaysia, terdapat ladang yang menjalankan kesemua operasi tersebut dan terdapat juga ladang yang menjalankan hanya sebahagian sahaja operasi dalam sistem ini. |
reinvestment allowance | elaun pelaburan semula | Ekonomi | Tiada | , daripada jumlah perbelanjaan modal. Tujuan insentif ini adalah untuk mengembangkan lagi kapasiti pengeluaran, memodenkan teknik pengeluaran atau mempelbagaikan pengeluaran. |
reinvestment allowance | elaun pelaburan semula | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | , daripada jumlah perbelanjaan modal. Tujuan insentif ini adalah untuk mengembangkan lagi kapasiti pengeluaran, memodenkan teknik pengeluaran atau mempelbagaikan pengeluaran. |
marginal productivity | daya pengeluaran sut | Pentadbiran | Tiada | Keupayaan bagi satu penambahan pemboleh ubah pengeluaran untuk menambahkan pengeluaran pada keseluruhannya. |
direct production | pengeluaran langsung | Geografi | Tiada | Pengeluaran barang oleh seorang individu untuk keperluan atau kepuasan individu itu sendiri. Pengeluaran langsung biasanya merupakan usaha seorang sahaja tanpa melibatkan individu lain. Dalam pengeluaran jenis ini, tidak terdapat pembahagian kerja. |