dilettante | penggemar seni | Sejarah | Tiada | 1. Orang yang meminati atau menggemari seni dan hal-hal yang mempunyai nilai estetik.,2. Orang yang mempelajari seni sebagai hobi sahaja tanpa berminat meneruskannya secara profesional serta memahami pengertian seni sebenarnya. |
risk taker | penggemar risiko | Pentadbiran | Tiada | Sikap pelabur yang suka mengambil risiko dan berkesanggupan menanggung risiko berkanaan wakaupun menjangka akan menerima hanya sedikit pulangan tambahan. |
hobbyist computer | komputer penggemar | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
sport fishing/gamefishing | sukan memancing | Perikanan | Tiada | Aktiviti memancing yang dilakukan untuk tujuan rekreasi atau pertandingan. Aktiviti ini memberikan nilai kesukanan semata-mata dan bukan untuk tujuan komersial. Bagi penggemar sukan memancing, aktiviti ini memberikan cabaran kepada pemancing untuk mendapatkan ikan dan kepuasan tercapai apabila pemancing dapat bertarung dengan ikan yang memakan umpan. Sinonim perikanan rekreasi. |
arowana | kelisa | Perikanan | Tiada | Sejenis ikan air tawar daripada famili Osteoglossidae, nama saintifik Scleropages formosus yang dipancing menggunakan umpan serangga. Ikan kelisa mempunyai badan yang panjang dan tipis serta sisik besar yang berwarna seakan-akan pelangi. Warna sisik ikan kelisa bergantung pada habitat asalnya sama ada dari Amerika Selatan, Asia, Australia atau Afrika. Ikan ini mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan digemari oleh kaki pancing serta penggemar ikan akuarium. |
tertulia | tertulia | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis salon sastera Sepanyol yang menggantikan akademi sastera formal pada abad ke-18. Salon tertulia juga wujud di Filipina, khususnya dalam kalangan elit yang mendapat pendidikan Sepanyol. Majlis tertulia Filipina yang tipikal sebelum Perang Dunia Kedua digambarkan dengan jelas dan menarik dalam drama tersohor berjudul A Portrait of the Artist as Filipino oleh Nick Joaquin. Tertulia dipercayai berasal daripada perkataan tertuliantes bermaksud �golongan berpelajaran atau paderi dalam kalangan penggemar teater�. Golongan ini dikenali sebagai tertuliantes kerana sering memetik kata-kata Tertulian, salah seorang pengarang unggul Kristian yang menulis dalam bahasa Latin. Beliau menulis karya berjudul Apologeticus serta beberapa karangan tentang kehidupannya sebagai seorang Kristian. Selain itu, tertulia merupakan tempat duduk utama yang terletak pada bahagian atas atau galeri di dalam teater. |