policy making | penggubalan dasar | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
policy making | penggubalan dasar | Perhutanan | Tiada | Tiada |
policy making process | proses penggubalan dasar | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Proses merangka garis panduan dan rancangan pemerintah yang dibuat oleh kabinet dan disahkan di parlimen untuk sesuatu matlamat. Proses ini biasanya bermula dengan tuntutan dari orang ramai atau kesedaran kerajaan terhadap sesuatu kepentingan sama ada dari aspek sosial, budaya, ekonomi, keselamatan mahupun kesejahteraan, kesan dari tuntutan semasa. |
public affairs | hal ehwal awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Perkara-perkara yang melibatkan kepentingan, keselesaan dan kebajikan masyarakat umum. Hal ehwal awam menjadi agenda penting pemerintahan kerajaan dalam melaksanakan pentadbiran dan pembangunan negara. Penggubalan dasar-dasar negara biasanya bertitik tolak daripada hal ehwal awam, contohnya penggubalan Dasar Sosial Negara adalah kesan daripada masalah sosial yang kian menular sejak kebelakangan ini. Oleh itu, dasar ini memberikan penekanan khusus kepada kesejahteraan masyarakat secara holistik. |
administrative legislation | perundangan pentadbiran | Sains Politik | Tiada | Penggubalan undang-undang tentang bidang pelaksanaan dasar. |
constitutional assembly | majlis perlembagaan | Sejarah | Tiada | Badan yang berhubung dengan hal-hal perlembagaan seperti tafsiran, pembentukan, penggubalan dan pindaan yang ditubuhkan untuk membentuk sistem pemerintahan berpelembagaan. |
rural planning | perancangan luar bandar | Sosiologi | Tiada | Mengenal pasti dan menganalisis masalah dan potensi sesuatu kawasan luar bandar bagi penggubalan strategi, dasar, dan program pembangunan. |
pressure group | kumpulan pendesak | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pertubuhan sukarela yang dibentuk secara rasmi untuk mewakili kepentingan kelompok tertentu bagi mempengaruhi proses penggubalan dasar kerajaan. Kumpulan ini akan melakukan apa sahaja tindakan sama ada secara formal atau tidak formal untuk mencapai hasrat dan matlamat mereka. Kelompok ini tidak terlibat dalam proses pembentukan kerajaan tetapi mempunyai kepentingannya sendiri dan bergerak untuk memelihara kepentingan tersebut. Secara keseluruhannya, pergerakan kumpulan ini untuk kepentingan awam namun, secara khusus adalah untuk memelihara kepentingan tertentu seperti kebersihan alam sekitar, bahasa, kebajikan buruh, pengguna, pelajar, wanita, anak seni, kebebasan politik dan sebagainya. Mereka mendesak kerajaan melalui pelbagai cara seperti melobi, menulis surat atau memorandum kepada pihak berkuasa, berjumpa dan berunding dengan anggota pemerintah, mengadakan demonstrasi dan pelbagai program kempen dan poster. Contoh kumpulan pendesak di Malaysia ialah Kongres Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), K |
accountable administrator | pentadbir bertanggungjawab | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Individu atau pegawai yang bertanggungjawab dalam pentadbiran sesebuah organisasi. Pegawai tersebut turut terlibat dalam penggubalan dasar dan bertanggungjawab memastikan kelicinan perjalanan dan pelaksanaannya. Beliau juga bertanggungjawab terhadap setiap perbelanjaan dan kualiti sesebuah projek. Bagi menyemak pelaksanaannya, pegawai perlu mengadakan pemantauan dari masa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang kelemahan, pegawai tersebut perlu mengambil tindakan pembetulan dengan kadar segera agar tidak memberikan impak negatif. |
state practice | amalan negara | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Amalan yang dilakukan oleh sesebuah negara secara umum dan konsisten. Amalan ini merupakan salah satu komponen dalam undang-undang adat antarabangsa. Contoh amalan negara ialah penggubalan undang-undang, pelaksanaan polisi eksekutif dan keputusan kehakiman. Bukti sesuatu amalan negara boleh ditemui dalam perjanjian antarabangsa, keputusan mahkamah, undang-undang bertulis, resolusi Perhimpunan Agung PBB, ucapan pemimpin negara atau amalan pertubuhan antarabangsa. |