blocking reagent | bahan uji penghalang; reagen penghalang | Kimia | Tiada | Tiada |
anticholinergic drug | drug antikolinergik | Farmasi | Farmakologi | Sekumpulan agen yang menghalang atau merencat kesan fisiologi asetilkolina, sama ada pada tapak reseptor muskarinik ataunikotinik. Penghalang atau perencat reseptor muskarinik juga dikenali sebagai antagonis muskarinik. Penghalang reseptor nikotinik pula dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu penghalang ganglion dan penghalang neurootot |
barrier zone | mintakat penghalang | Landskap | Tiada | Lihat zon penghalang. |
antihypertensive agent | agen antihipertensi | Farmasi | Farmakologi | Agen yang digunakan untuk menurunk:an tekanan darah tinggi atau hipertensi.Agen inidikelaskan kepada penghalang terusan kalsium seperti nifedipina, vasodilator periferi seperti minoxidil, peoghalang beta adrenergik seperti propranolol, perencat enzim pengubah angiotensin II seperti losartan dan diuretik seperti tiazida. Lihat juga penghalang terusan kalsium, vasodilator, penghalang beta, perencat enzim pengubah angiotensin. |
barrier zone | zon penghalang | Landskap | Tiada | Kawasan yang ditanam dengan pokok tinggi untuk menghalang tiupan angin kencang di kawasan terbuka. Sinonim mintakat penghalang. |
nucleoside analogue reverse transcriptase inhibitor (NRTI) | penghalang transkriptase berbalik analog nukleosida | AIDS | Tiada | Kelas antiretrovirus yang menyerupai nukleosida tertentu dan bertindak sebagai penghalang enzim transkriptase berbalik semasa replikasi HIV. Contoh, AZT , ddl, ddc, d4T dan 3TC. |
vegetative barrier | penghalang vegetatif | Pertanian | Agroteknologi | Kawasan yang ditanam dengan pokok-pokok termasuk pokok renek atau rumput-rumput tinggi, bertujuan untuk mengurangkan tempiasan daripada semburan racun kimia ke kawasan tanaman. Kawasan ini akan menapis semburan racun yang melalui pokok-pokok atau rumput tersebut. Walau bagaimanapun, kawasan penghalang vegetatif ini tidak boleh dijadikan sebagai pengganti amalan pertanian baik (GAP). Hal ini bermakna, sekiranya cuaca terlalu berangin misalnya, maka semburan racun tidak digalakkan walaupun ada penghalang vegetatif. |
ganglion blocking agent | agen penghalang ganglion | Farmasi | Farmakologi | Agen yang menghalang transmisi postganglion dengan bertindak sebagai antagonis nikotinik. Agen ini bertindak menghalang sistem saraf parasimpatetik dan sistem saraf simpatetik. Contoh agen ini ialah heksametonium, mekamilamina dan pempidina. Agen penghalang ganglion jarang digunakan pada masa kini berbanding dahulu disebabkan oleh kehad.iran agen-agen yang lebih selektif. Walau bagaimanapun, agen ini masih lagi digunakan dalam sesetengah situasi kecemasan, contohnya semasa diseksi aorta. Agen ini juga dikenali sebagai ganglioplegik. Lihat juga postganglion. |
calcium channel blocker | penghalang saluran kalsium | Farmasi | Farmakologi | Bahan kimia yang bertindak melambatkan pergerakan kalsium dalam sel-sel jantung dan dinding salur darah. Bahan ini digunakan sebagai drug atau agen antihipertensi yang boleh mengurangkan tekanan darah pada pesakit darah tinggi. Drug ini juga digunakan untuk merawat angina dan ketidak.normalan rentak jantung.Contoh penghalang salwan kalsium ialah amlodipina, felodipina dan nifedipina. |
barrier reef | terumbu sawar | Perikanan | Tiada | Terumbu asli yang terdiri daripada hidupan karang keras dan lembut yang selari dengan pantai dan bertindak sebagai penghalang rempuhan ombak ke pantai. Kawasan terumbu ini berpotensi sebagai habitat kepada pelbagai hidupan akuatik bagi kelangsungan pembiakan. Terumbu ini juga dikenali sebagai terumbu penghalang. |