Process Server and Notice Server | Penghantar Saman dan Penghantar Notis | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
digital signature | tandatangan digital | Teknologi Maklumat | Perisian | Skema yang menggunakan kriptografi tak simetri. Skema ini digunakan untuk melaksanakan tandatangan elektronik bagi menentusahkan penghantar mesej ialah penghantar yang sebenar. Tandatangan digital ini bersamaan dengan tandatangan bertulis tangan dalam kebanyakan aspek. Walau bagaimanapun, tandatangan digital sukar untuk ditiru kerana skemanya berdasarkan algoritma kriptografi. Tandatangan digital ini juga menyediakan perkhidmatan tiada sangkalan, iaitu penghantar tidak dapat menafikan bahawa mesej tersebut dihantar olehnya dan penerima tidak boleh menafikan bahawa mesej tersebut tidak diterima olehnya. Contoh penggunaannya ialah Sistem e-Filing dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri. Sinonim tandatangan elektronik. |
feeder road | jalan penghantar | Kejuruteraan | Tiada | Jalan utama yang digunakan oleh kenderaan penghantar. |
feeder road | jalan penghantar | Geografi | Tiada | Jalan utama yang digunakan oleh kenderaan penghantar. |
courier | penghantar surat | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Kakitangan berpangkat rendah di pejabat kedutaan yang bertanggungjawab menghantar surat diplomatik. Penghantar surat diplomatik ini mendapat status kekebalan diplomatik. Beliau juga diberi jaminan diplomatik untuk memasuki negara lain bagi menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. |
second messenger | penghantar kedua | Veterinar | Praklinikal | Molekul kecil yang dijana dalam sel sebagai gerak balas kepada pengikatan hormon pada reseptor permukaan sel. Molekul kecil ini kemudiannya mencetuskan satu siri interaksi molekul yang akan mengubah keadaan fisiologi sel tersebut. Contoh penghantar kedua ialah adenosina monofosfat siklik (cAMP) dan guanina monofosfat siklik (cGMP). |
data communication | komunikasi data | Teknologi Maklumat | Tiada | Kaedah penghantaran dan penerimaan data digital daripada satu peranti penghantar ke peranti destinasi melalui medium penghantaran. Peranti penghantar dan penerima adalah seperti komputer, telefon bimbit dan PDA. Medium penghantaran adalah seperti kabel sepaksi, gentian optik, mikrogelombang atau frekuensi radio. Modem diperlukan jika talian telefon digunakan untuk menghantar data. |
CSMA/CA (carrier sense multiple access/collision avoidance) | CSMA/CA (capaian berbilang deria pembawa/ pengelakan pelanggaran) | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknik pengesanan isyarat daripada peranti penghantar pada talian untuk mengelakkan pelanggaran dengan isyarat dari peranti lain yang sedang menghantar isyarat. Peranti penghantar akan menyemak saluran pembawa untuk mengelak pelanggaran kedua. |
CSMA/CD (carrier sense multiple access /collision detection) | CSMA/CD (capaian berbilang deria pembawa/ pengesanan pelanggaran) | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknik pengesanan isyarat daripada peranti penghantar pada talian untuk mengelakkan pelanggaran dengan isyarat daripada peranti lain yang sedang menghantar isyarat. Peranti penghantar akan menyemak saluran pembawa untuk mengelak pelanggaran. |
transceiver | penghantar-terima | Komputer | Tiada | Tiada |