plural production | penghasilan majmuk | Kejuruteraan | Tiada | Penghasilan zarah apabila neutron cepat berlanggar dari satu nukleon ke satu nukleon dalam nukleus yang sama. |
multiple production | penghasilan berganda | Kejuruteraan | Tiada | Penghasilan dua atau lebih zarah dalam perlanggaran tunggal antara dua nukleon. |
scale down | penurunan skala | Bioteknologi | Tiada | Penghasilan sesuatu metabolit dalam skala penghasilan (skala penuh) yang serupa dengan skala di peringkat makmal atau loji. bd. peningkatan skala. |
bioluminescence | biopendar | Biologi | Ekologi | Penghasilan cahaya oleh organisma hidup sebagai hasil tindak balas kimia, misalnya penghasilan cahaya oleh organisma pendar, seperti kelemayar. |
productivity of teks | produktiviti teks | Kesusasteraan | Tiada | Penghasilan teks. Contoh dalam masyarakat tradisional kegiatan penghasilan teks terbatas hanya dilakukan oleh pujangga-pujangga istana. |
reproductive phase | fasa pembiakan | Veterinar | Tiada | Tempoh penghasilan telur oleh unggas untuk ditetaskan atau tempoh penghasilan anak bagi ternakan mamalia. Bagi ayam, tempoh pembiakannya ialah pada umur 20-65 minggu, kambing atau biri-biri pada umur 1-8 tahun dan lembu pada umur 1.5-12 tahun. |
syndrome of inappropriate antidiuretic hormone secretion | sindrom penghasilan hormon antidiuresis tak sepatutnya (SIADH) | Perubatan | Tiada | Kumpulan gejala yang disebabkan oleh penghasilan hormon antidiuresis (ADH) yang berlebihan daripada yang sepatutnya. Keadaan ini merupakan komplikasi penyakit tertentu seperti meningitis, pneumonia dan kecederaan kepala. Ciri-cirinya ialah sembab, tekanan darah yang tinggi, osmolaliti serum rendah, osmolaliti urin yang tinggi serta pengeluaran urin yang sedikit dan pekat. Kaedah rawatannya adalah dengan mengurangkan pemberian cecair kepada pesakit di samping merawat penyakit yang menyebabkannya. |
inbreeding | pembiakbakaan dalam | Perubatan | Tiada | Penghasilan progeni atau anak dengan mengacukkan individu-individu yang mempunyai hubungan keluarga yang rapat. Misalnya, penghasilan anak daripada perkahwinan antara sepupu. |
vinegar production | penghasilan cuka | Bioteknologi | Tiada | Fermentasi oksidatif menggunakan larutan cair etanol yang dioksidakan menjadi asid dan air oleh Acetobacter dengan kehadiran oksigen atau udara. Kebanyakan penghasilan cuka melibatkan strain bakteria yang menunjukkan toleransi terhadap kepekatan cuka yang tinggi. |
risk identification | pengenalpastian risiko | Teknologi Maklumat | Perisian | Penghasilan senarai risiko terhadap butiran yang boleh menjejaskan kejayaan projek pembangunan sistem. Contohnya, penghasilan senarai semak bagi faktor risiko yang mungkin wujud. |