ceiling | siling | Kesenian | Hiasan Dalaman | Suatu permukaan yang terdiri daripada bahan tertentu, yang dilekatkan pada struktur tertentu bagi menutup ruang di sebelah atas sesebuah bilik atau ruang. Siling merupakan sebahagian daripada elemen penting ruang dalaman yang dihias dengan pelbagai hiasan dan peralatan elektrik seperti lampu, kipas dan penghawa dingin. |
basement | tingkat bawah tanah | Kesenian | Hiasan Dalaman | 1. Dasaran paling rendah pada dinding atau dinding sesebuah bangunan, terutamanya apabila dibahagikan kepada bahagian atas yang dibezakan melalui bahan, cara olahan, saiz tingkap yang kecil dan jumlah tingkap yang sedikit. Dasaran boleh merangkumi sebahagian kecil daripada keseluruhan ketinggian struktur atau lebih daripada separuh ketinggian struktur seperti yang terdapat pada istana Renaissance Itali, terutamanya di utara Itali. 2. Tingkat bawah tanah dalam sesebuah bangunan yang biasanya digunakan sebagai tempat meletakkan kereta, pemanas air atau sistem penghawa dingin. Di sesetengah tempat, tingkat bawah tanah digunakan sebagai ruang pasar raya. |