Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.hé.ba.han] | ڤڠهيبهن

Definisi : perbuatan atau hal meng­hebah­kan, penyiaran, penyebaran, peng­umum­an: ~ berita itu dibuat melalui RTM; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.hé.ba.han] | ڤڠهيبهن

Definisi : perbuatan atau hal menghebahkan; pengumuman; penyiaran: ~ berita itu dibuat melalui RTM. ~ agama itu telah dilakukan oleh para mubaligh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hebah
Kata Terbitan : menghebahkan, penghebahan, penghebah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
propagation (of the Gospel)Pendakwahan (Bibel)SejarahTiadaPenyebaran, penyiaran atau penghebahan sesuatu kepercayaan seperti pendakwahan agama Kristian atau Islam.
overbannertajuk gadangKomunikasiKorporatPenulisan judul utama sesuatu maklumat dalam iklan yang bertujuan untuk mendapatkan perhatian dan tumpuan khalayak. Penulisan judul biasanya disediakan oleh syarikat perniagaan dengan menggunakan sepanduk atau poster bersaiz besar. Contohnya, sepanduk mengenai promosi jualan murah yang digantung di bangunan pasar raya. Demikian juga sepanduk yang diletakkan di bangunan perniagaan untuk tujuan penghebahan sesuatu acara, barangan atau perkhidmatan. Penulisan judul utama juga boleh dilakukan dengan membeli atau menaja satu halaman penuh dalam media cetak seperti akhbar dan majalah. Contohnya, sebuah syarikat farmasi membeli satu halaman penuh ruang iklan dalam akhbar dengan tujuan untuk memaparkan mesej menyokong kempen antimerokok menggunakan tulisan bersaiz besar..
policy statementkenyataan dasarKomunikasiKorporatMaklumat bertulis atau lisan yang menjelaskan secara rasmi tentang pendirian sesebuah organisasi sama ada awam atau swasta, terhadap sesuatu isu yang timbul berkaitan dengan organisasi yang melibatkan kepentingan khalayak dan organisasi. Maklumat ini boleh disampaikan melalui media massa atau kenyataan bertulis yang dimaklumkan kepada orang ramai. Selain itu, maklumat boleh juga disampai melalui taklimat, ucapan atau pengumuman awam semasa persidangan, kongres, perjumpaan tahunan pemegang saham, serta pelbagai pertemuan dan perhimpunan penting. Penghebahan maklumat rasmi biasanya disampaikan oleh ketua organisasi atau wakilnya. Isu utama yang sering memerlukan penyediaan kenyataan dasar ialah isu yang melibatkan kepentingan organisasi dan negara seperti isu perpaduan, kesihatan awam, dan kepercayaan masyarakat di sesebuah negara.

Kembali ke atas