Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.hi.bur] | ڤڠهيبور

Definisi : 1. sesuatu yg boleh menghiburkan hati, pelipur; 2. orang (spt penyanyi, pelawak, dsb) yg kerjanya menghiburkan orang ramai, pelipur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.hi.bur] | ڤڠهيبور

Definisi : orang atau sesuatu yg menghibur hati; pelipur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hibur
Kata Terbitan : berhibur, menghiburkan, terhibur, hiburan, penghibur,

Puisi
 

Mari dikait sarang tempua,
     Anak tiung pandai meniti;
Hamba duduk gelak ketawa,
     Untuk mencari penghibur hati.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
buskerpenghibur jalananMuzikTiadaApa sahaja bentuk persembahan secara solo atau kumpulan di tempat terbuka untuk mendapatkan sumbangan wang secara sukarela daripada khalayak.
public entertainerpenghibur awamPentadbiran PerniagaanTiadayang menjalankan kerjaya dalam dunia hiburan.
public entertainerpenghibur awamEkonomiTiadaTiada
gleemanglemanKesusasteraanTiadaPenghibur profesional, yang menyanyi lagu-lagu dengan iringan alat muzik bertali yang dimainkan sendiri, terdapat di England dan Scotland.
minstrelminstrelKesenianTiadaPenyanyi, penghibur dan penyair zaman pertengahan.
showmanshipadilipurKomunikasiTiadaSeorang penghibur yang mempunyai kemahiran luar biasa sewaktu membuat persembahan.
entertainment newsberita hiburanKomunikasiTiadaBerita mengenai hal ehwal hiburan seperti kisah penghibur, penyanyi, pelakon, drama, teater, pembuatan filem dan sebagainya.
jesterbadutKesusasteraanTiadaWatak pelawak dalam sesuatu persembahan seperti drama, sarkas, wayang, teater dan lain-lain. Dalam drama Melayu tradisional, watak pelawak ditampilkan dengan sifat yang hodoh dan berperanan sebagai penghibur, penasihat, dan pelayan raja. Contohnya, watak Semar dalam Wayang Kulit Jawa, dan watak Wak Dogol dan Wak Long dalam Wayang Kulit Melayu. Dalam tradisi Barat, watak pelawak dikenali sebagai court jester, contohnya dalam drama Shakespeare.
clownbadutKesenianDrama dan TeaterWatak pelawak dalam sesuatu persembahan seperti drama, sarkas, wayang, teater dan lain-lain. Dalam drama Melayu tradisional, watak pelawak ditampilkan dengan sifat yang hodoh dan berperanan sebagai penghibur, penasihat dan pelayan raja. Contohnya, watak Semar dalam Wayang Kulit Jawa, dan watak Wak Dogol dan Wak Long dalam Wayang Kulit Melayu. Dalam tradisi Barat, watak pelawak dikenali sebagai Court Jester, contohnya dalam drama Shakespeare.
low comedyriawara kasarKomunikasiKorporatJenis jenaka atau lawak yang tidak serius dan kurang bersopan berbanding dengan jenaka atau lawak santun. Riawara kasar banyak melibatkan unsur gurauan yang mempersendakan pihak lain dan secara tidak langsung boleh menjejaskan nilai hubungan kemanusiaan. Selain itu, riawara kasar juga mengandungi unsur nyanyian yang bising, suasana pertengkaran di hadapan khalayak, mengandungi kata cemuhan, malah turut diselang-seli degan unsur kelucahan. Riawara kasar juga boleh dihasilkan dalam bentuk persembahan drama atau riawara. Dalam sejarah riawara kasar di England, drama jenis ini pertama kali dihasilkan apabila pelakon berdialog di luar skrip. Riawara kasar ini dikenali juga sebagai drama yang tidak bersopan, tiada unsur pendidikan, dan hanya sesuai dipersembahkan kepada khalayak tertentu. Riawara kasar dilakonkan atau dipersembahkan oleh pelakon, penghibur, atau pengacara di atas pentas atau di media elektronik. Riawara jenis ini kerap dipersembahkan di pementasan khas atau disiarkan selepas masa perdana kerana kan

Kembali ke atas