Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
followerpengikutMekanikGunaan1. Gear (atau kapi) yang bergerak dengan dipacu oleh gear (atau kapi) pemacu. Istilah ini juga digunakan untuk aci yang menyokong gear (atau kapi) berkenaan. Lihat juga gear pengikut, kapi pengikut, pemacu. 2. Unsur mesin yang bersentuhan dengan sesondol dan bergerak dengan sesondol itu. Lihat juga pengikut sesondol.
pressure anglesudut tekananKejuruteraanTiada1. Sudut di antara garis normal sepunya bagi dua gigi gear yang bersentuhan dengan tangen sepunya terhadap bulatan pic.,2. Sudut di antara paksi batang pengikut sesondol dengan garis tindakan daya yang dikenakan oleh sesondol pada pengikut. [KM]
pressure anglesudut tekananMekanikGunaan1. Sudut di antara garis normal sepunya bagi dua gigi gear yang bersentuhan dengan tangen sepunya terhadap bulatan pic. Ia juga dinamai sudut keserongan. Lihat juga bulatan pic. 2. Sudut di antara paksi batang pengikut sesondol dengan garis tindakan daya yang dikenakan oleh sesondol pada pengikut. (Garis tindakan daya itu normal terhadap lengkung pic yang melalui titik surih). Lihat juga lengkung pic, titik surih.
الشافعىImam Syafi'iyy; mazhab Syafiieyy; pengikut mazhab Syafi'iyyAgama IslamFiqh1 Muhammad bin Idris 2. Aliran fikiran mazhab Syafi'iyy 3. Orang yang menganut aliran mazhab Syafi'iyy.
wheelrodaMekanikGunaan1. Anggota yang bulat dan berputar dengan gerakan satah dan digunakan untuk memindahkan putaran atau tenaga. 2. Nama bagi gear yang lebih besar dalam sistem dua gear yang bersirat. Nama ini hanya merujuk pada saiz gear itu dan tidak pada peranannya. ‘Roda’ mungkin merupakan pemacu atau pengikut. Ia juga dikenali sebagai taji. Lihat juga pinion.
sagkelendutanMekanikGunaan1. (bagi kabel) jarak tegak di antara titik sokong kabel dengan titik paling rendah pada kabel itu. Kabel mempunyai dua nilai kelendutan jika titik sokong dua hujungnya berada pada aras mengufuk yang berbeza. 2. (bagi tali sawat) Perbezaan di antara kedudukan sebenar tali sawat dengan garis lurus yang menghubungkan titik-titik sentuh pertama pada kapi pemacu dan kapi pengikut. Kelendutan biasanya berlaku apabila tali sawat berat digunakan untuk pemacuan mengufuk yang jaraknya besar.

Kembali ke atas