Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngim.po.tan] | ڤڠيمڤورتن

Definisi : perihal (perbuatan) mengimport: menggalakkan ~ bahan makanan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngim.po.tan] | ڤڠيمڤورتن

Definisi : perbuatan (hal) mengimport. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengimportan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
importationpengimportanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
medicines control agencyagensi kawalan ubatPerubatanTiadaSebuah badan yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengawal dan memantau pengimportan, pendaftaran, pelesenan, pemasaran, penggunaan ubat dan pengumpulan maklumat kesan buruk ubat di sesebuah negara. Di Malaysia, agensi yang memainkan peranan tersebut ialah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.
channels of technology transfersalur pindah teknologiEkonomiTiadaCara-cara bagaimana teknologi dapat dipindahkan, seperti melalui program kerjasama teknikal antara negara, menggunakan pakar-pakar asing, pengimportan mesin dan dokumen maklumat, perjanjian perlesenan dan paten, dan pelaburan asing langsung.
food securitykeselamatan makananPertanianAgroteknologiKeadaan dalam sesebuah negara berkaitan dengan status ketersediaan makanan untuk bekalan rakyatnya. Keselamatan makanan wujud sekiranya semua rakyat pada setiap masa mempunyai akses kepada makanan yang cukup, selamat dan berkualiti untuk memenuhi kehidupan yang aktif dan sihat. Makanan ini boleh dihasilkan sendiri oleh negara melalui pertanian atau diimport dari luar negara. Sekiranya jumlah makanan yang terdapat daripada kedua-dua sumber ini mencukupi untuk keperluan rakyat, maka tahap keselamatan makanan dianggap tinggi. Namun begitu, kebergantungan pada pengimportan makanan akan mendedahkan negara itu kepada risiko kerana pasaran makanan sedunia mungkin berubah-ubah dan terdapat kemungkinan makanan untuk diimport tidak mencukupi. Oleh itu, untuk memastikan keselamatan makanan, sesebuah negara mestilah mempunyai sektor pengeluaran makanan yang produktif.

Kembali ke atas