skin depth | tebal kulit | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Kedalaman di bawah permukaan suatu pengkonduksian dan pada kedalaman tersebut ketumpatan arus berkurang ke nilai kali dengan nilai pada permukaan pengkonduksian tersebut dan tebal kulit EMBED Equation.3 = kedalam (meter), = frekuensi (kitar saat -1), = ketelapan (henry meter -1) dan = kekonduksian (mhos meter -1). |
heat transfer | pemindahan haba | Sains | Hidrometeorologi | Pemindahan atau pertukaran haba oleh penyinaran, pengkonduksian atau pengolakan dalam sesuatu bendalir, dan/atau antara bendalir dan persekitarannya. Penyinaran mewakili pemindahan tenaga bahang dari satu kawasan ke kawasan lain oleh gelombang elektromagnet, dengan atau tanpa medium perantara. Pengkonduksian, atau pembauran haba, mempunyai implikasi bahawa penghentaman kenyal molekul bendalir berlaku tanpa sebarang pindahan bersih jirim. Pengolakan terjadi daripada percampuran isipadu bendalir yang agak besar disebabkan oleh gerakan bendalir dan mungkin disebabkan oleh sama ada ketaksamaan suhu tempatan (olakan bebas) atau gradien tekanan yang dikenakan (olakan paksaan). Ketiga-tiga proses terjadi serentak dalam atmosfera, dan selalunya sukar untuk menilai sumbangan berbagai-bagai kesannya. |
reconducting | pengkonduksian semula | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
radial heat conduction | pengkonduksian haba jejarian | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
photoconduction | fotokonduksi | Kejuruteraan | Tiada | Pertambahan kebolehan pengkonduksian elektrik yang dihasilkan oleh penyerapan sinaran elektromagnet. |
electronics | elektronik | Kimia | Tiada | 1. Kajian dan penggunaan pengkonduksian elektrik melalui gas atau vakum, seperti dalam injap termion atau melalui semikonduktor. 2. berkaitan dengan elektron. |
tunnel junction | simpang terowongan | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Satu sawar seperti lapisan penebat nipis atau keupayaan elektrik antara dua bahan pengkonduksian elektrik yang sama. Elektron dapat melalui sawar dengan proses penerowongan kuantum. |
radiation night | malam sinaran | Sains | Hidrometeorologi | Malam yang dicirikan oleh ketiadaan awan dan angin serta nyata terdapat padanya penyejukan bumi secara sinaran dan lapisan permukaan udara oleh pengkonduksian haba dari udara ke bumi. Ketiadaan awan memastikan terdapatnya agak sedikit sahaja sinaran pampasan yang diarahkan ke bumi. Ketiadaan angin mengehadkan penyejukan kepada lapisan nipis udara berhampiran dengan bumi dan menghasilkan suhu permukaan minimum yang rendah. Kejadian suhu udara minimum pada sesetengah keadaan pada beberapa sentimeter atas dari permukaan bumi dan bukan di permukaan bumi sendiri telah banyak dibuktikan tetapi sehingga kini tidak terdapat penjelasan yang boleh diterima. Faktor-faktor lain yang menggalakkan minimum suhu rendah pada malam sinaran ialah udara yang agak kering, kekonduksian haba bumi yang rendah, dan malam yang panjang. |
nanotube field effect transistor | transistor kesan medan nanotiub | Fizik | Nanoteknologi | Transistor kesan medan yang menggunakan saluran pengkonduksi daripada bahan nanotiub. Transistor dibentuk dengan meletakkan nanotiub di dalam lurah lapisan silikon terdop tinggi antara sumber dan saliran. Sifat pengkonduksian yang tinggi bagi nanotiub karbon (CNT) membenarkan kawalan arus yang tinggi dan pelesapan kuasa yang rendah, sementara pengurungan cas yang tinggi mengurangkan kesan memusnah yang dikaitkan dengan pengecilan saiz transistor. |
scanning tunneling microscope (STM)] | mikroskop penerowongan imbasan (STM) | Fizik | Nanoteknologi | Mikroskop yang mengimej permukaan sampel menggunakan prinsip mekanik kuantum. Satu penduga tajam digerakkan sepanjang permukaan sampel dan voltan elektrik dibekalkan antara penduga dengan permukaan. Bersandar kepada voltan ini, elektron akan menerowong (kesan kuantum mekanik) atau meloncat dari mata penduga ke permukaan menghasilkan suatu arus elektrik lemah. Saiz arus ini berkadaran dengan jarak antara penduga dengan permukaan. Dengan mengatur supaya arus sentiasa tetap, pergerakan turun-naik penduga semasa mengimbas dirakam dan diolah untuk menghasilkan imej topografi permukaan tersebut. Imej yang dapat dirakam adalah sekecil 0.2 nm. Mikroskop ini hanya dapat digunakan ke atas bahan yang mengkonduksi arus elektrik seperti logam, bahan semikonduktor dan polimer pengkonduksian. STM termasuk dalam kategori mikroskop pengimbas penduga (SPM). Banding mikroskop daya atom. |