Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngu.bah] | ڤڠوبه

Definisi : orang dll yg mengubah (mengubahkan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngu.bah] | ڤڠوبه

Definisi : orang yg mengubah atau mengalih sesuatu; pengalih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengubah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
transformer losskehilangan pengubahTeknikElektrikKehilangan tenaga dalam pengubah, iaitu perbezaan di antara kuasa masuk dengan kuasa keluar sesebuah pengubah walaupun tiada bahagian di dalam pengubah yang bergerak. Kehilangan pengubah disebabkan oleh rintangan pada pengalir yang dijadikan belitan pengubah.
water-cooled transformerpengubah terdingin airTeknikElektrikPengubah berukuran kecil yang menggunakan permukaan luar sebagai media pemancar haba yang terhasil pada badan pengubah. Udara sekeliling akan membantu menyejukkan pengubah. Oleh itu, pengubah jenis ini tidak sesuai dipasang di tempat yang tidak ada peredaran udara.
shaver transformerpengubah pencukurTeknikElektrikNama khas bagi pengubah pemencil untuk bekalan soket alur keluar bagi pengukur elektrik. Pengubah jenis ini menjadi sebahagian daripada unit bekalan pencukur. Belitan sekunder pengubah itu diasingkan daripada belitan utama (pengubah dan bumi) supaya arus yang bocor tidak mengalir ke pengguna. Pengubah ini mungkin mempunyai nisbah belitan 1:1 atau 1:05.
booster transformerpengubah penggalakTeknikElektrikPengubah yang berfungsi sebagai penaik voltan arus ulang-alik pada talian atau litar. Pengubah ini terdiri daripada dua belitan yang terpisah, iaitu belitan voltan tinggi untuk membawa voltan dan belitan voltan rendah untuk membawa arus talian. Pengubah ini disambungkan seperti pengubah arus. Oleh itu, fius tidak dibenarkan dipasang pada bahagian utama atau bahagian voltan tinggi.
transformer oilminyak pengubahTeknikElektrikMinyak yang digunakan di dalam pengubah jenis penyejukan minyak. Minyak ini berfungsi sebagai penebat belitan dan memindahkan haba yang terhasil dalam belitan itu ke luar. Biasanya minyak pengubah digunakan pada pengubah berkuasa besar (beberapa kVA).
isolating transformerpengubah memencilTeknikElektrikPengubah yang digunakan untuk perlindungan daripada bahaya kebocoran arus ke bumi. Pengubah ini mempunyai belitan utama dan sekunder yang tidak dihubungkan secara elektrik antara satu sama lain dan terasnya dibumikan bagi mengelakkan kemungkinan kewujudan voltan tinggi di belitan sekunder ketika berlaku kerosakan. Pengubah ini secara tidak langsung memencilkan beban/peranti pada belitan sekunder dari bekalan utama yang mempunyai talian bumi. Biasanya pengubah jenis ini mempunyai nisbah belitan 1:1. Contoh penggunaannya ialah pada bekalan ke osiloskop untuk mengambil bacaan voltan bekalan 240V.
shell transformerpengubah kelompangTeknikElektrikPengubah yang terasnya berbentuk seperti kelompang. Pengubah jenis ini paling banyak digunakan kerana pengagihan fluksnya lebih banyak dan kebocoran fluks kurang terjadi. Bentuk ini diperoleh daripada susunan kepingan besi nipis bersadur penebat berbentuk `E’ dan `I’ yang berselang-seli.
air blast transformerpengubah bagas udaraTeknikElektrikPengubah berkuasa besa yang perlu disejukkan dengan meniupkan angin yang kencang ke sekeliling belitan dan teras pengubah.
current transformerpengubah arusTeknikElektrikPengubah yang bahagian utamanya disambungkan sesiri dengan talian bekalan. Bahagian sekundernya dibebankan dengan galangan yang malar dan mempunyai arus yang lebih kecil daripada bahagian utama. Peranti ini boleh digunakan untuk mengukur arus. Contohnya untuk mengukur arus talian, meter ampere disambungkan ke belitan sekunder dan bacaan arus litar utama diketahui melalui nisbah pengubah arus. Sinonim pengubah siri.
transformer efficiencykecekapan pengubahTeknikElektrikNisbah peratus kuasa yang keluar dari pengubah terhadap kuasa yang masuk. Kecekapan biasanya tidak 100% kerana berlakunya kehilangan tenaga di dalam pengubah.
12345678910...

Kembali ke atas