heat increment) | peningkatan haba | Veterinar | Tiada | Peningkatan jumlah pengeluaran haba badan akibat pengambilan makanan dalam persekitaran termoneutral. Peningkatan ini merangkumi haba fermentasi, haba dari proses pencernaan dan haba yang dihasilkan daripada proses pencernaan nutrien. |
hypertrophy | hipertrofi | Perubatan | Tiada | Pembesaran sesuatu organ akibat peningkatan saiz sel-selnya. Peningkatan saiz sel berlaku akibat meningkatnya fungsi organ yang berkenaan. |
hypertrophy | hipertrofi | Biologi | Fisiologi | Peningkatan saiz orgon bukan akibat daripada peningkatan bilangan sel-sel tetapi akibat peningkatan saiz sel-sel trtentu di dalam organ tersebut. |
recession of galaxies | susutan galaksi | Matematik | Tiada | Peningkatan jarak di antara galaksi dan juga peningkatan halaju susutannya dari kita selaras dengan peningkatan jarak yang dianggap sebagai satu bukti tentang teori alam semesta mengembang. |
surge | luruan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Peningkatan tekanan atmosfera yang ketara di sesuatu tempat. Peningkatan ini lebih besar daripada pergerakan lekukan atau antisiklon yang berdekatan. Dalam meteorologi tropika, istilah ini digunakan untuk menunjukkan peningkatan kekuatan arus monsun dan angin pasat yang ketara dan mendadak. |
SS 400 series | SS siri 400 | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Keluli tahan karat dengan kandungan kromium yang tinggi, dan sedikit atau tiada langsung nikel. Peningkatan nombor siri menandakan peningkatan kandungan kromium. |
uprate | peningkatan | Aeroangkasa | Tiada | Peningkatan prestasi kenderaan pelancar, enjin atau motor roket berbilang peringkat. |
scale up | peningkatan skala | Bioteknologi | Tiada | Perkembangan dan peningkatan kemudahan serta peralatan untuk penghasilan berskala penuh berdasarkan konsep atau maklumat daripada uji kaji di peringkat skala makmal. bd. penurunan skala. |
ascendency of France | peningkatan Perancis | Sejarah | Tiada | Keadaan, kedudukan atau peningkatan yang paling tinggi, berpengaruh, dominan dan terkuat yang pernah dicapai oleh Perancis daripada segi pengaruh kuasa politik. |
galvanic skin response | respons kulit galvanik | Psikologi | Psikologi Umum | Respons dalam bentuk peningkatan pengaliran arus galvanik akibat peningkatan aktiviti kelenjar peluh yang berpunca daripada bangkitan emosi. Indeks sensitif daripada bangkitan sistem saraf autonomik ini digunakan untuk mengukur tahap emosi dalam kebanyakan kajian makmal. Respons ini juga merupakan salah satu penunjuk bangkitan autonomik yang diambil kira apabila seseorang itu menjalani ujian pembohongan. Contohnya, apabila seseorang individu berada dalam keadaan tertekan, sistem saraf simpatetik akan membangkitkan kegawatan dalam badan sehingga menimbulkan peningkatan aktiviti dalam kelenjar peluh dan menyebabkan bulu roma berdiri. |