Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.swas.ta.an] | ڤنسواستاءن

Definisi : perihal (tindakan) menswasta­kan (perkhidmatan dan perusahaan kerajaan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.swas.ta.an] | ڤنسواستاءن

Definisi : hal menswastakan sesuatu perkhidmatan (perusahaan dsb) kerajaan; hal men­jadikan sesuatu sbg swasta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penswastaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
privatization policydasar penswastaanPentadbiranPentadbiran Awam

Dasar yang dilancarkan pada tahun 1983 bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan, meningkatkan kecekapan dan kepelbagaian hasil, menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara, pengagihan sumber secara cekap dan memindahkan sebahagian pengurusan dan kepentingan kerajaan yang boleh menjana keuntungan kepada pihak swasta. Pelaksanaan dasar ini memberikan keutamaan kepada tanggungjawab pengurusan, aset dan hak untuk menggunakan aset tersebut dan tanggungjawab kakitangan. Dasar ini dicetuskan berikutan pelancaran Dasar Persyarikatan Malaysia pada 25 Februari 1983 yang menekankan kepada kerjasama di antara sektor awam dengan sektor swasta dalam pembangunan negara. Penswastaan adalah bertentangan dengan konsep “Memilik Negara” yang menambahkan penguasaan kerajaan dalam sektor ekonomi atau perniagaan.

privatizationpenswastaanGeografiTiadaTiada
privatizationpenswastaanEkonomiTiadaDasar atau proses memindahkan hak milik atau pengurusan perkhidmatan dan perusahaan kerajaan kepada sektor swasta.
privatisationpenswastaanKejuruteraanTiadaTiada
privatizationpenswastaanPentadbiran PerniagaanTiadaDasar atau proses memindahkan hak milik atau pengurusan perkhidmatan dan perusahaan kerajaan kepada sektor swasta.
privatizationpenswastaanEkonomiTiadaTiada
privatizationpenswastaanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
nationalisationpemiliknegaraanPentadbiranPentadbiran Awam

 Harta atau aset kepunyaan peribadi atau swasta yang diambil oleh pemerintah, sekali gus menarik hak pemilikan peribadi atau swasta tersebut. Kerajaan membuat tindakan ini kerana faktor kepentingan negara, orang ramai atau kerana melaksanakan sesuatu dasar atau ideologi tertentu. Pemiliknegaraan sering berlaku dalam negara komunis atau sosialis. Badan perniagaan yang biasanya menjalankan pemiliknegaraan merupakan organisasi besar seperti bank, syarikat pengangkutan, minyak, air dan tenaga. Konsep pemiliknegaraan adalah bertentangan dengan dasar penswastaan. 


Kembali ke atas