task passing | penyerahan tugas | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sesi rasmi yang diadakan untuk peralihan kuasa dari pentadbir yang lama kepada pentadbir yang baru. Sesi ini hanya sebagai sesi simbolik semata-mata sebagai penghormatan kepada kedua-dua pihak. Pentadbir lama yang telah tamat tempoh berkhidmat di tempat tersebut menyerahkan tugas, mungkin dalam bentuk fail atau kunci kepada pegawai baru yang mengambil alih tempatnya. Contoh penyerahan tugas pengarah jabatan atau institusi sering berlaku dalam suatu keramaian yang mesra. |
security administrator tool for analyzing networks (SATAN) | alat pentadbir keselamatan untuk menganalisis rangkaian (SATAN) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian pengimbas keselamatan rangkaian yang dibina untuk memudahkan pemantauan rangkaian oleh pentadbir sistem komputer. Perisian ini boleh mengenali beberapa masalah keselamatan yang wujud dan melaporkannya kepada pentadbir sistem. Perisian ini akan menerangkan kesan dan bahaya bagi setiap masalah yang ditemui dan memastikan masalah ini tidak akan berpanjangan dengan membekalkan maklumat penyelesaian terhadap masalah tersebut. Contoh penyelesaian masalah keselamatan adalah memperbaik konfigurasi perisian atau memasang fail tampal. |
tinkerbell program | atur cara tinkerbell | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian pemantauan yang digunakan oleh pentadbir sistem untuk mengimbas penyambungan ke rangkaian komputer untuk mengimbas penyambungan ke rangkaian komputer atau membanteras penyalahgunaan identiti pengguna. Perisian ini akan memberi amaran kepada pentadbir sistem apabila sambungan ke rangkaian tersebut cuba dilakukan daripada lokasi tertentu atau lokasi yang tidak diketahui. Amaran aman diberikan setiap kali sistem cuba dicapai dengan menggunakan ID tertentu. Contohnya, perisian ini akan bertindak menghubungi pentadbir sistem apabila terdapat percubaan mencapai sistem menggunakan ID dan kata laluan ketua organisasi, atau ID yang berkeistimewaan tinggi. |
probate bond | bon probate | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bon yang diwajibkan oleh mahkamah probet untuk melindungi pentadbir sesuatu estet atau aset seseorang yang diamanahkan kepada pentadbir tersebut, seperti aset di bawah jagaan wasi. Bon probet termasuk di dalam klasifikasi bon fidusiari. |
coercive power | kuasa paksaan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Autoriti yang berpunca daripada kawalan seseorang pentadbir melalui hukuman atau menolak pemberian ganjaran kepada kakitangan bawahan. Kuasa paksaan selalu dimiliki oleh mereka yang boleh memecat, mengurangkan gaji, menangguhkan bayaran, menahan atau menurunkan pangkat seseorang yang tidak mengikut arahan serta peraturan yang ditetapkan dan mungkin oleh kerana pencapaian yang tidak memuaskan. Oleh itu, seseorang pentadbir memperoleh kuasa kerana kakitangan takut dihukum jika tidak mengikut peraturan organisasi. Pada hari ini kuasa paksaan lebih difokuskan kepada aspek psikologi dan emosi. Walaupun undang-undang menghadkan kebolehan seseorang pentadbir menggunakan kuasa paksaan, namun ia masih digunakan oleh kebanyakan organisasi kerana pentadbir atasan hendak mendapatkan kepatuhan daripada kakitangan bawahan. |
remote diagnostic | diagnostik jauh | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian yang digunakan untuk menyelenggara komputer terangkai yang terletak di lokasi yang berjauhan daripada pentadbir sistem. Perisian ini membenarkan pentadbir sistem mengawal paparan skrin, sistem pengendalian, dan semua perkakasan dan perisian dalam sistem jarak jauh. Perisian ini biasanya digunakan untuk tujuan pemantauan prestasi komputer dan penyelenggaraan komputer. Walau bagaimanapun, perisian ini boleh disalahgunakan oleh pengguna hasad untuk memperoleh capaian terlarang pada komputer sasaran. Contoh perisian diagnostik jauh ialah RealVNC dan pcAnywhere. |
accountable management | pengurusan bertanggungjawab | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pentadbir peringkat atasan yang mempunyai kewajipan tertentu dalam memimpin dan memacu organisasi ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Pengurusan bertanggungjawab mempunyai fungsi terkhusus dalam membuat perancangan dan keputusan, mengeluarkan arahan, mengatur, menyelaras dan menguatkuasakan peraturan. Pentadbir peringkat atasan juga bertindak sebagai jurulatih, pembimbing, penasihat, pemujuk, dan pihak yang sentiasa memberikan galakan atau motivasi kepada pekerja. Dalam konteks ini, pengurusan bertanggungjawab perlu telus, amanah, berdedikasi dan mempunyai pandangan yang jauh dalam membawa organisasi ke mercu kejayaan. |
white collar worker | pekerja kolar putih | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Individu yang bekerja di pejabat, yang bertanggungjawab dalam urusan perkeranian dan pengurusan organisasi dalam sektor awam atau swasta. Pekerja kolar putih memberi sumbangan dalam merancang dan melaksanakan sistem pentadbiran dan pengurusan. Contohnya, pentadbir bahagian sumber manusia, pentadbir kewangan dan bekalan serta setiausaha unit pengembangan kerjaya. |
administrator | pentadbir | Ekonomi | Tiada | Tiada |
administrator | pentadbir | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |