Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.tas] | ڤنتس

Definisi : 1. lantai (di rumah dll) yg ditinggikan utk tempat tidur (tempat memasak); 2. tempat yg ditinggikan utk bermain sandiwara dll, panggung: ~ bangsawan; presiden telah di bawa ke ~ khas itu tempat beliau telah menerima tabik; orang berdendang di ~nya prb orang berkuasa di rumahnya sendiri; mementaskan memainkan (sandiwara dll) di pentas: mereka telah ~ drama “Harimau Johor” pd minggu lalu di panggung Victoria; pementasan perbuatan mementaskan (san­diwara dll): menikmati hasil ~ anekawarna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.tas] | ڤنتس

Definisi : 1 tempat yg sengaja ditinggikan utk bermain sandiwara dll; panggung. 2 lantai yg ditinggikan utk tempat tidur atau tempat memasak. mementaskan memainkan atau melakonkan sesuatu di atas pentas: Mereka telah ~ cerita Mahsuri di Kolej Melayu, Kuala Kangsar. pementasan perbuatan atau hal mementaskan (sandiwara dll): ~ drama itu telah mendapat sambutan hangat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mechanical stagepentas mekanikalGeologiTiadaPentas mekanikal: Pentas mikroskop yang membolehkan perakaman yang tepat tentang kedudukan objek, contohnya keratan tipis, dan mempunyai peranti untuk menggerakkan objek ke sisi, ke hadapan, dan ke belakang.
gridanak pentasKesenianDrama dan TeaterPembantu pentas atau petugas di belakang pentas yang telah ditetapkan bidang tugas tertentu. Contohnya, pembantu alatan pentas.
stage keeperketua pembantu pentasKesenianDrama dan TeaterPemimpin kumpulan pembantu pentas yang bertugas untuk menyelia kerja di belakang pentas dalam sesebuah pementasan. Petugas ini bertanggungjawab secara terus kepada pengurus pentas.
total theatreteater totalKesenianDrama dan TeaterBentuk persembahan teater yang menggabungkan sepenuhnya elemen teaterikal seperti lakonan, tarian, nyanyian, muzik, set, prop, pencahayaan dan kesan bunyi. Istilah ini juga dirujuk kepada panggung yang mempunyai segala kemudahan seperti pentas berpusing, pentas lambur atau pentas arena.
scenerylatar pentasKesenianDrama dan TeaterDekorasi pentas yang memberikan gambaran lokasi cerita dalam sesebuah persembahan drama atau teater. Latar pentas boleh dalam bentuk realistik, simbolik atau abstrak. Sinonimunsur latar.
cellarkolong pentasKesenianDrama dan TeaterRuang kosong di bahagian bawah pentas yang biasanya digunakan untuk menyimpan peralatan pentas.
end-stagehujung pentasKesenianDrama dan TeaterKawasan atas pentas yang terletak di sudut hujung tepi kiri dan kanan atau sudut hujung belakang pentas.
backstagebelakang pentasKesenianDrama dan TeaterRuang pada bahagian belakang ruang lakon yang terlindung daripada pandangan penonton yang digunakan sebagai tempat watak bersedia atau menunggu giliran adegan. Belakang pentas juga digunakan sebagai tempat meletakkan set dan alatan pentas yang akan dibawa masuk ke pentas untuk babak tertentu.
façadelatar depanKesenianDrama dan TeaterLatar pentas yang berbentuk kepingan, gantungan atau tirai yang diletakkan di hadapan pentas sama ada di bahagian kiri, kanan atau atas pentas.
scissor crosslintasan guntingKesenianDrama dan TeaterPergerakan dua orang pelakon secara serentak dalam keadaan bersilang sama ada daripada bahagian pentas belakang ke pentas depan atau sebaliknya.
12345678910...

Kembali ke atas