Muasasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT) | Muasasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT) | Ekonomi | Ekonomi Islam | Institusi pajak gadai Islam pertama di Malaysia yang ditubuhkan pada Januari 1992 oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu. Penubuhannya berteraskan konsep rahnu dan qardul hasan. Fungsi awal penubuhannya adalah untuk mengatasi masalah caj kadar bunga tinggi yang dikenakan oleh pajak gadai konvensional di samping mengelakkan riba. |
local government | kerajaan tempatan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Salah satu peringkat kerajaan yang wujud dalam sesebuah negara. Penubuhannya bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk setempat untuk mengambil bahagian dalam pentadbiran. Institusi ini mempunyai autonomi kewangan dan berhak menggubal undang-undang kecil yang berkaitan dengan bidang kuasanya. Kuasa kerajaan tempatan tertakluk di bawah kerajaan negeri. Walau bagaimanapun kerajaan persekutuan, melalui Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkuasa mengarah, membantu serta mengawal kerajaan tempatan di seluruh negara. Kerajaan tempatan berfungsi memberikan perkhidmatan perbandaran di kawasan yang telah ditetapkan. Antara perkhidmatan tersebut ialah penjagaan kesihatan awam, kebersihan awam dan menyediakan sistem memungut sampah. Terdapat tiga jenis kerajaan tempatan di Malaysia, iaitu Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. |
organisational life cycle | kitaran hayat organisasi | Pengurusan | Perancangan | Corak pembangunan yang dilalui oleh sesebuah organisasi dari saat penubuhannya sehingga saat penamatan operasinya. Terdapat empat peringkat dalam kitaran hayat sesebuah organisasi, iaitu peringkat kemunculan, pertumbuhan, kematangan dan kemerosotan. Pada peringkat kemunculan, organisasi membangunkan pelan perniagaan oleh pasukan yang ditubuhkan dan memulakan usaha niaga dengan menjana modal yang diperlukan. Pada peringkat pertumbuhan, organisasi mula meningkatkan jualan dan membangunkan produk baharu, serta mengembangkan pasaran dan membentuk asas pelanggan yang kukuh. Pada peringkat kematangan, organisasi mula stabil dan berjaya mengumpul aset dan menjana keuntungan yang kukuh, namun mula menghadapi pertumbuhan yang perlahan atau tidak berubah. Pada peringkat kemerosotan pula, organisasi mula mengalami kejatuhan jualan dan keuntungan yang rendah sehingga perlu mengecilkan saiz operasi. Sekiranya tindakan pemulihan tidak berjaya, organisasi mungkin terpaksa ditutup atau dijual. Sebaliknya, tindakan yang berke |
Arab League | Liga Arab | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Organisasi yang ditubuhkan pada tahun 1945 di Syria. Liga ini dianggotai oleh Mesir, Arab Saudi, Iraq, Jordan, Yaman, Syria dan Lubnan. Tujuan utama penubuhannya adalah untuk mewujudkan kerjasama politik, mempertahankan kedaulatan negara anggota, menyelesaikan masalah negara Arab serta meningkatkan kerjasama ekonomi, kebudayaan dan jaringan infrastruktur perhubungan. Liga tersebut mempunyai dewan eksekutif yang dikenali sebagai Dewan Liga. Setiap negara anggota mempunyai wakil di Dewan Liga. Penduduk Arab di Palestin juga mendapat peruntukan wakil di Dewan Liga ini sebagai perwakilan tidak rasmi. Prinsip Liga Arab dalam menangani setiap permasalahan adalah melalui permuafakatan, bukan melalui kekerasan. |
United Nations (UN) | Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan yang ditubuhkan selepas Piagam PBB ditandatangani pada tahun 1945. Sehingga kini, PBB dianggotai oleh lebih kurang 200 buah negara. Matlamat penubuhannya adalah untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta menyelesaikan masalah ekonomi, sosial dan politik melalui kerjasama antarabangsa. Pertubuhan ini juga bertujuan untuk menggalakkan rasa hormat dan prihatin terhadap hak asasi manusia. Ibu pejabatnya terletak di New York dan pertubuhan ini diketuai oleh Setiausaha Agung. Pertubuhan ini bertanggungjawab untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan, dan dipegang oleh Majlis Keselamatan PBB yang mempunyai ahli tetap dan tidak tetap. Perhimpunan Agung PBB yang bersidang pada setiap tahun merupakan forum perbincangan bagi seluruh anggota pertubuhan ini dan setiap anggota mempunyai hak yang sama untuk bersuara. Sinonim PBB. |
United Nations (UN) | Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Pertubuhan yang diwujudkan selepas Piagam PBB ditandatangani pada tahun 1945. Sehingga kini, PBB dianggotai oleh lebih kurang 200 buah negara. Matlamat penubuhannya adalah untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta menyelesaikan masalah ekonomi, sosial dan politik melalui kerjasama antarabangsa. Pertubuhan ini juga bertujuan untuk menggalakkan rasa hormat dan prihatin terhadap hak asasi manusia. Ibu pejabatnya terletak di New York dan pertubuhan ini diketuai oleh Setiausaha Agung. Pertubuhan ini dipegang oleh Majlis Keselamatan PBB yang mempunyai ahli tetap dan tidak tetap. Perhimpunan Agung PBB yang bersidang pada setiap tahun merupakan forum perbincangan bagi seluruh anggota pertubuhan dan setiap anggota mempunyai hak yang sama untuk bersuara. |
advisory board | lembaga penasihat | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Badan atau jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menasihati sesebuah organisasi tertentu. Badan ini dianggotai oleh individu yang mempunyai kepakaran dan pengalaman tertentu, khususnya yang berkaitan dengan organisasi tersebut. Badan ini bertanggungjawab untuk memastikan agar perjalanan dan pelaksanaan organisasi berkenaan tidak lari dari matlamat asal serta objektif penubuhannya. Pada masa yang sama, badan ini juga bertindak sebagai penyelesai masalah, khususnya masalah utama yang melibatkan perkembangannya. Sebagai contoh, Lembaga Pengarah Universiti merupakan lembaga penasihat kepada sesebuah universiti. |