naked put | opsyen jual dedah | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Opsyen jual atas sesuatu saham dengan penulisnya tidak mempunyai wang untuk membeli sekuriti berkenaan jika ia dilaksanakan. |
ecriture feminine | penulisan feminin | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk penulisan yang bersifat feminin tanpa mengambil kira penulisnya lelaki atau wanita. Penulisan feminin berbeza dengan penulisan maskulin dari segi bahasa atau wacana maskulin. Menurut pandangan ahli teori Ecriture Feminine, iaitu Helene Cixous, Viginia Woolf, Luce Irigaray, dan Julia Kristeva, tubuh dan pengalaman wanita menjadi rangsangan untuk penulisan feminin. Penulisan ini bersumberkan prabahasa manusia yang bersifat kreatif, terbuka, anjal dan pelbagai. Namun penulisan feminin sukar dihasilkan kerana dominasi wacana maskulin yang bersifat rasional, terarah, tegar, dan tertutup. Penulisan feminin dikenali juga sebagai penulisan wanita. |
potboiler | karya periuk nasi | Kesusasteraan | Tiada | Karya khas yang ditulis dalam keadaan terdesak untuk menyara hidup penulisnya. Karya ini diolah sambil lewa oleh pengarangnya untuk memenuhi minat orang ramai, tanpa mementingkan mutu dan nilainya. Salah satu contoh karya klasik ialah novel falsafah yang berjudul Rasselas (1759), ditulis oleh S. Johnson. Novel ini ditulis dalam jangka masa seminggu, dan keuntungan jualannya digunakan untuk membiayai perbelanjaan pengebumian ibunya serta menjelaskan hutang piutang ibunya. Contoh dalam sastera Arab ialah al-Mada�ih oleh al-Mutanabbi. Karya ini mengisahkan Sayf al-Dawlah al-Hamadani (Raja Pemerintah). |
organic form | bentuk organik | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk yang berhubung dengan sesebuah karya kesusasteraan, dikatakan lahir daripada konsepsi dalam pemikiran, perasaan dan keperibadian penulisnya, tidak sewenang-wenangnya dibentuk melalui daya mekanikal yang direncanakan. |
posthumous | posthumus | Sejarah | Tiada | 1. Perihal sesuatu yang berlaku selepas mati biasanya anak yang lahir selepas kematian bapanya.,2. Penulisan yang diterbitkan selepas kematian penulisnya. (SEJ) |
autobiography | autobiografi | Kesusasteraan | Tiada | Riwayat hidup pengarangnya sendiri. Autobiografi berlegar pada peristiwa yang dianggap penting dan menarik dalam kehidupan pengarang dan ditulis sendiri oleh pengarangnya secara berterusan. Autobiografi merupakan gabungan renungan dan ingatan pengarang yang kadangkala dibauri oleh imaginasi. Penulisan autobiografi biasanya panjang, iaitu hampir sama dengan memoir. Namun memoir lebih bertumpu pada suatu masa tertentu yang sejajar dengan peristiwa penting yang melibatkan tokoh penting, berbanding autobiografi yang lebih menekankan perkembangan diri penulisnya sendiri. Autobiografi berbeza dengan diari atau jurnal yang rata-ratanya tidak memperlihatkan pengisahan yang berterusan. Diari atau jurnal tidak mempunyai tujuan percetakan untuk bacaan khalayak seperti autobiografi. Bentuk penulisan sebegini telah dikenali terutamanya dalam kesusasteraan lama Mesir, namun istilah autobiografi ini mula digunakan oleh Southey pada tahun 1809. Pada tahap awalnya, autobiografi sering disamaertikan dengan sejarah seperti dala |
qi?�ah | qi?�ah | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi tradisional yang berupa gubahan puitis yang mengandungi tidak kurang daripada dua bait serangkap, dan tiada had bagi bilangan baitnya. Ada pandangan mengatakan, satu-satu qit�ah tidak boleh melebihi 12 bait, namun ada yang menyatakan baitnya boleh menjangkau 20 bait, atau melebihi 30 bait. Walau bagaimanapun qit�ah yang afdal dan penulisnya dipandang tinggi jika dia berjaya menukil kurang daripada 12 bait dan matlamat nukilannya tercapai. Antara cabang qit�ah ialah al-qasidah dan al-ghazal. Contoh qit�ah yang dicipta oleh Anvari adalah seperti yang berikut: Hark e sa�y-i bad kunad dar haqq-i khalaq Hamchu sa�y-i khish d binad jaza,; Hamchunin farmudad dar nub,; �Laysa lilk-insni illa ma-sa`�a�. Ertinya: �Sesiapa bertindak buruk kepada Tuhan sekalian makhluk, Dia kan melihat balasan buruk seperti tindakan itu, Bak kata Allah dalam al-Quran, Tiada balasan kecuali apa diusahakan!� Dalam sastera Arab, qit�ah ialah puisi yang terdiri daripada empat hingga enam bait. Dalam |
codex | kodeks | Kesusasteraan | Tiada | Bahan tulisan lama dalam bentuk manuskrip atau naskhah bertulis tangan. Manuskrip terkumpul dalam bentuk buku berjilid daripada kayu, kertas atau kulit mengikut kaedah penjilidan yang awal. Sebahagian besar daripada bahan bertulis ini masih kekal terpelihara dan tersimpan di pelbagai perpustakaan, arkib atau muzium di seluruh dunia. Dalam ilmu filologi, kajian tentang kodeks dikenali sebagai kodikologi. Kajian kodikologi melibatkan usaha memberikan keterangan tentang naskhah. Contohnya, kajian melibatkan usaha mengenal pasti bahan yang digunakan untuk membuat naskahah (seperti kayu, kertas, dan kulit), jenis alat tulis, jenis dakwat, usia naskhah, siapa penulisnya, penyalin atau penyusun, tempat ditulis, disalin atau disusun, dan sebagainya. Kodeks berasal daripada perkataan latin codex yang bermaksud �block of wood� (bongkah kayu). Lihat juga kritikan teks. |