Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
penyair
penyair
[pe.nyair]/[pe.nya.Öir] |
ڤڽعير
Definisi :
orang yg mengarang syair (sajak), pujangga;
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.nyair]/[pe.nya.Öir] |
ڤڽعير
Definisi :
orang yg mengarang syair.
(Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata
penyair
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(55)
Kamus Bahasa Inggeris
(3)
Istilah MABBIM
(7)
Istilah Bahasa Melayu
(160)
Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
(4)
Kamus Melayu Parsi
(1)
Kamus Thai Melayu Dewan
(2)
Kamus Parsi(Beta)
(1)
Pengesahan Bahasa
(3)
Khidmat Nasihat
(47)
Artikel Akhbar
(1000)
Artikel Majalah
(366)
Ensiklopedia
(236)
Buku
(176)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Istilah Bahasa Melayu
Istilah Sumber
Istilah Sasar
Bidang
Subbidang
Huraian
imagism
imagisme
Kesusasteraan
Puisi
Aliran penciptaan yang menjadi amalan kepada
penyair
-
penyair
imagis. Salah satu konsep penciptaan yang menjadi pegangan kepada
penyair
-
penyair
beraliran imagisme ini adalah memilih dan menerapkan imej dengan tepat dalam puisi-puisi mereka.
imagist
imagis
Kesusasteraan
Puisi
Penyair
-
penyair
yang bebas daripada sebarang ikatan dan kongkongan bentuk, idea dan kata-kata yang dipilih dengan teliti. Di samping itu
penyair
imagis ini juga biasanya mempersoalkan sesuatu isi secara langsung. Kata-kata yang dipilih dan diterapkan itu benar-benar berfungsi dalam konteks keseluruhan struktur puisinya.
matrix
matriks
Kesusasteraan
Puisi
Acuan yang menjadi dasar terutamanya pada tema dan persoalan untuk mencipta puisi-puisi yang lebih kemudian. Contohnya, puisi "Lahirlah Engkau" untuk anaknya Iskandar karya Usman Awang, kemudian puisi "Sayang Akmar" oleh Kemala (Ahmad Kamal Abdullah), puisi "Iza Hairani" karya Dharmawijaya dan diikuti
penyair
-
penyair
yang lain .
fantastic poet
penyair
fantastis
Kesusasteraan
Tiada
Penyair
yang mempunyai pandangan atau pendapat dalam karyanya.
epigone
epigon
Kesusasteraan
Puisi
Penyair
yang menjadi pengikut salah seorang
penyair
atau sasterawan terkemuka, sebelumnya.
tone
nada
Kesusasteraan
Puisi
Tinggi atau rendahnya tekanan suara. Nada digunakan apabila membicarakan sikap
penyair
terhadap objek yang dijadikan tumpuan perhatiannya. Oleh itu, di dalamnya tergambar suasana hati
penyair
. Nada terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah melankolik, patriotik, prates, romantik dan sinis. Jenis� jenis ini ditentukan oleh sifat suasana hati
penyair
yang timbul daripada cara penggunaan gaya bahasanya atau pemilihan kata� kata.
imagism
imagisme
Kesusasteraan
Tiada
Suatu gerakan dalam kalangan
penyair
yang menampilkan imejan yang konkrit, jelas dan tertumpu pada puisi bebas. Penampilan imejan dilakukan tanpa komen oleh
penyair
itu sendiri. Imejan ini melahirkan respons intelektual dan emosional yang kompleks dalam sekilas masa. Contoh puisi imagisme ditemui dalam �In a Station of the Metro� oleh Ezra Pound. Gerakan imagisme popular di England dan Amerika antara tahun 1912-1917 sebagai tentangan terhadap puisi pada penghujung abad ke-19 yang dianggap sentimental oleh Ezra Pound, pengasas gerakan ini. Gerakan imagisme dipengaruhi oleh sajak haiku Jepun, sejenis puisi lirik yang mengutarakan pemerhatian
penyair
terhadap objek atau pemandangan alam. Secara umumnya, imagisme dikatakan menyumbang kepada permulaan sajak moden.
meiosis
ungkapan merendah
Kesusasteraan
Puisi
Gaya pengucapan
penyair
dalam menyampaikan sesuatu pandangan, gurauan atau sindiran.
Penyair
mengucapkannya dengan gambaran yang lebih kecil daripada yang sebenarnya supaya gurauan itu tidak begitu keras mengenai sasarannya. Contohnya, baris kedua, rangkap pertama dalam puisi berjudul "Sepasang Tubuh" karya Wan A. Rafar di bawah dapat dikatakan ungkapan merendah yang bersifat gurauan. Sinonim miosis. aku adalah rakyatmu yang lebih kecil dari seekor semut
negative capability
kemampuan negatif
Kesusasteraan
Tiada
Kemampuan
penyair
untuk menenggelamkan identitinya sebagai seorang intelektual dan menerima ketidakpastian, misteri dan keraguan untuk mencapai kebenaran dan keindahan. Kemampuan inilah yang menghasilkan objektiviti penulis, iaitu sikap bersedia menerima segala-galanya dalam keadaan kesedaran yang tinggi. Dengan cara ini,
penyair
dapat melupakan personaliti peribadinya dan memasuki alam psiko individu atau masyarakat lain melalui proses empati. Istilah ini mula digunakan oleh
penyair
Inggeris, John Keats yang tidak bersetuju dengan sifat �wordsworthian or egotistical sublime� yang terlampau meletakkan ego
penyair
di tempat utama dalam proses penciptaan karya sastera.
kawi
kawi
Kesusasteraan
Puisi
Penyair
atau pujangga yang terkenal. Dalam kesusasteraan Melayu, Usman Awang menrupakan seorang kawi puisi. Sinonim
penyair
.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
...
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...