bard | bard | Kesusasteraan | Tiada | 1. Penyajak atau penyair. |
trouvere | trouvere | Muzik | Tiada | Ahli muzik dan penyajak dari Perancis Utara yang popular pada abad ke-12 dan abad ke-13. Sebanyak 2130 buah puisi dalam bahasa Perancis dan 1420 lagu oleh trouvere masih wujud. Lagu trouvere bertekstur monofoni dan digubah secara silabik. Bentuk baris ulang merupakan salah satu ciri utama lagu trouvere. Perrin D'Angicourt (sekitar tahun 1245 -1270), Thibaut IV, Roi de Navarre (sekitar tahun 1202-1253) dan Adam de la Halle (sekitar tahun 1250-1288) adalah antara trouvere utama. |
troubadour | troubadour | Muzik | Tiada | Ahli muzik dan penyajak dari Perancis Selatan yang popular pada abad ke-12 dan abad ke-13. Lebih kurang 2600 buah puisi dalam bahasa Provencal dan 260 buah lagu oleh troubadour yang masih wujud. Lagu troubadour merupakan lagu monofoni yang digubah secara silabik dan melibatkan ornamentasi. Tema utama puisi dan lagu troubadour ialah cinta, politik dan isu moral. Bernart de Ventadorn (sekitar tahun 1150-1180), Marcabru (sekitar tahun 1127-1148) dan Guiraut Riquier (sekitar tahun 1230-1300) adalah antara troubadour utama. Lihat juga trouvere. |
negritude | negritude | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan yang menyuarakan wawasan para cendiakawan dan seniman kulit hitam tentang nasib dan warisan sepunya bangsa Afrika. Negritude menolak nilai kolonial dan memberontak terhadap sistem kolonialisme. Pada masa yang sama, negritude cuba memperkasakan nilai tradisional Afrika dengan mengembalikan kegemilangan masa silamnya. Dalam bidang kesusasteraan, negritude mewakili suatu bentuk estetika yang cuba mengekalkan sifat-sifat tradisi kebudayaan Afrika. Istilah ini diperkenalkan pada tahun 1930-an oleh Aim� C�saire, seorang penyajak dan dramatis dari artinique dan L�opold S�dar Senghor, seorang penyajak dan ahli politik dari Senegal. Negritude menjadi perintis kepada gerakan Black Power yang berpangkalan di Amerika pada tahun 1960-an. Lihat juga harlem renaissance. |
pathetic fallacy | kekeliruan rasa hiba | Kesusasteraan | Tiada | Konsep yang menentang penggunaan kaedah personifikasi dalam sastera. Menurut konsep ini, perasaan dan aksi manusia dikaitkan dengan objek alam semula jadi. Istilah ini digunakan untuk membicarakan secara umum, sentimentaliti yang diakibatkan oleh pembicaraan keterlaluan mengenai alam semula jadi dalam karya kreatif. Dalam konteks penggunaan kaedah ini, emosi manusia (daripada perkataan Yunani pathos yang bermaksud perasaan) diberikan kepada alam semula jadi dan kepada benda yang tidak bernyawa. Penyajak kerap menggunakan kaedah ini dalam sajak mereka. John Ruskin, seorang penulis bahasa Inggeris pada abad ke-19, mencetuskan idea ini dalam bukunya bertajuk Modern Painters. Beliau berpendapat, kaedah ini dapat menghasilkan emosionalisme palsu dalam kalangan manusia terhadap keadaan sekelilingnya. Contohnya, Ruskin tidak menyukai cara Coleridge, seorang penyajak berbangsa Inggeris yang membicarakan tentang dedaun yang menari. Bagi Ruskin, konsep ini salah kerana pada hakikatnya daun tidak boleh menari. |
Liederkreis/Liederzyklus | siklus lied | Muzik | Tiada | Satu set lieder yang dihasilkan dan disusun berdasarkan satu tema am seperti cinta dan alam semula jadi. Puisi siklus lied adakalanya merupakan hasil karya seorang penyajak. Contohnya, Dichterliebe, Op. 48 (1840) oleh Robert Schumann dan Winterreise, D. 911 (1827) oleh Schubert. |