resistance level | aras daya tahan | Perubatan | Tiada | 1. Tahap atau darjah keimunan yang dimiliki dek tubuh.,2. Tahap kekebalan organisma penyebab penyakit dapat menentang antibiotik atau ubatan. |
resistance | ketahanan; tentangan; rintangan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Ketahanan: Darjah keimunan yang dimiliki oleh tubuh.,2. Ketahanan: Darjah yang padanya suatu penyakit atau organisma penyebab penyakit tidak terpengaruh oleh antibiotik atau ubat-ubat lain. |
clear air turbulence | golakan udara cerah | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | 1. Dalam atmosfera bebas, golakan yang wujud tanpa awan. 2. Golakan yang dialami oleh pesawat terbang jika terbang dalam ruang udara tanpa awan. Angin terma dan ricih angin merupakan penyebab utama golakan udara cerah. |
Koch postulate | postulat Koch | Biologi | Patologi | Postulat yang diberi nama, berdasarkan nama seorang ahli sains Jerman pada tahun 1883, iaitu Koch, yang menyarankan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan kepatogenan sesuatu organisma, iaitu: 1. Organisma yang diduga sebagai penyebab penyakit mestilah sentiasa berada pada kawasan yang menunjukkan gejala penyakit. 2. Organisma tersebut boleh dipencil dan ditumbuhkan sebagai kultur tulen di dalam medium buatan. 3. Apabila organisma tersebut diinokulasi pada perumah sihat maka ia boleh menyebabkan gejala yang serupa dengan gejala tempat organisma tersebut dipencilkan sebelumnya. 4. Organisma yang sama, boleh dipencilkan semula daripada bahagian yang sakit, hasil inokulasi buatan tadi. Bahagian yang ke-4 ini telah ditambah oleh E.F.Smith pada tahun 1905. |
North America Free Trade Agreement (NAFTA) | Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1992 oleh negara Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat. Perjanjian ini mula dilaksanakan pada 1 Januari 1994. Tujuannya adalah untuk menubuhkan zon perdagangan bebas di Amerika Utara dan menghapuskan cukai tarif bagi kebanyakan barangan yang dihasilkan oleh negara yang menandatangani persetujuan tersebut. Perjanjian tersebut menganjurkan penghapusan secara beransur-ansur halangan kepada pelaburan dan pergerakan barangan serta perkhidmatan antara ketiga-tiga negara tersebut dalam tempoh 15 tahun. Antara sektor yang terlibat ialah pertanian, automobil, perkilangan tekstil, telekomunikasi, perkhidmatan kewangan, tenaga dan pengangkutan lori. Walau bagaimanapun, perjanjian ini telah dikritik sebagai penyebab kehilangan pekerjaan di Amerika Syarikat kerana banyak industri di negara tersebut telah memindahkan kilang mereka ke Mexico. Pada masa yang sama, perjanjian ini memberi kesan yang negatif kepada ekonomi beberapa buah negara Caribbean yang mengeksport barangan mereka ke |