Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyé.ba.ran] | ڤڽيبارن

Definisi : perihal (kegiatan, usaha, dsb) menyebarkan, penaburan, pengembangan: perubahan besar telah berlaku dlm cara ~ agama Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyé.ba.ran] | ڤڽيبارن

Definisi : perbuatan atau proses menyebarkan sesuatu: Melaka menjadi pusat ~ agama Islam pd kurun ke-15. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nuclear proliferationpenyebaran nuklearSains PolitikHubungan AntarabangsaPenyebaran senjata nuklear ke seluruh negara oleh pihak lain kepada pihak lain. Selain itu, aktiviti ini juga bermaksud penyebaran pengetahuan dan teknologi nuklear yang mungkin digunakan bagi tujuan ketenteraan. Penyebaran nuklear dianggap sebagai satu masalah dunia kerana ditakuti perkembangan ini akan meningkatkan kemungkinan penggunaan senjata nuklear dalam peperangan. Contohnya, penyebaran nuklear yang berlaku di Iran dan Korea Utara.
distributional analysisanalisis taburan; analisis penyebaran; analisis lingkunganLinguistikTiadaAnalisis penyebaran: Analisis linguistik yang menunjukkan penyebaran unsur fonologi, tatabahasa, atau leksikal dalam urutan yang lebih besar. [analisis lingkungan, analisis taburan]
dissemination of informationpenyebaran maklumatPentadbiranPentadbiran Awam

Kegiatan atau tindakan menyalurkan informasi secara meluas. Penyebaran maklumat ini berlaku dari individu kepada individu yang lain dan dari suatu tempat ke tempat yang lain. Penyebaran ini boleh berlaku melalui pelbagai medium seperti media massa, lisan, surat, memo, pesanan ringkas, internet, e-mel, arahan pekeliling, penerbitan organisasi dan papan kenyataan. Setiap maklumat yang disebarkan mempunyai mesej dan agenda tertentu yang hendak disampaikan seperti warta kerajaan, pekeliling baru, iklan jawatan kosong dan berita terkini dalam sesebuah jabatan.

backwashbasuh balikBiologiEkologiAliran semula air ke pantai selepas sesuatu gelombang. Aliran air ini penting dalam penyebaran organisma, terutama penyebaran telur cacing Polychaeta.
drug distributionpenyebaran ubatPerubatanTiadaParameter farmakokinetik yang menerangkan kebolehsebaran ubat di dalam badan. Ia dinilai dengan isi padu penyebaran (Vd). Ubat yang larut lemak dan tidak terikat pada protein darah akan mudah tersebar ke dalam tisu badan dan mempunyai isi padu penyebaran yang tinggi.
disseminationpenyelerakan; penyebaranPendidikanTiada2. Penyebaran: Peringkat menyampaikan maklumat inovasi kepada anggota dalam sistem sosial.
airborne spreadpenyebaran bawaan udaraPerubatanTiadaPenyebaran oleh udara atau melalui udara
spreading activationpenyebaran aktivasiPsikologiPsikologi UmumPenyebaran suatu konsep yang dideriakan kepada konsep lain yang berkaitan atau mempunyai rangkaian dengannya. Contohnya, jika individu terdengar perkataan bunga, maka individu tersebut akan menggambarkan bunga mawar yang biasanya berwarna merah dan mungkin berkait dengan pasukan bola sepak Red Devil, lalu berkait pula dengan bola, Ronaldo, Portugis, Melaka dan seterusnya.
anomalous dispersionpenyebaran beranomaliFizikOptiklih. penyebaran janggal.
transmission of repertoirepenyebaran repertoireKesusasteraanTiadaPenyebaran senarai, katalog, indeks, jadual yang berkaitan dengan sastera.
12345678910...

Kembali ke atas