service provider | penyedia perkhidmatan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Entiti yang menawarkan kemudahan kepada entiti-entiti lain. Penyedia perkhidmatan boleh dirujuk dalam konteks kebajikan, kesihatan, keselamatan, keselesaan, pendidikan dan teknologi. Penyedia perkhidmatan akan memberikan kesan positif kepada individu, masyarakat dan organisasi untuk memudahkan urusan dan melancarkan sistem pentadbiran. Antara contoh penyedia perkhidmatan ialah akses Internet, pengendali telefon bimbit, pengaturcaraan aplikasi laman web, sistem penghantaran dan sebagainya. |
healthcare provider | penyedia jagaan kesihatan | Kesihatan Awam | Tiada | Individu atau institusi berlesen yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan seperti rawatan kecemasan, pencegahan, pemulihan jangka panjang, hospital, diagnostik, primer, paliatif, dan rawatan di rumah dengan cara yang sistematik kepada individu, keluarga atau masyarakat. |
NP (number portability) | NP (kemudahalihan nombor) | Teknologi Maklumat | Tiada | Keupayaan pengguna untuk mengekalkan nombor telefon geografi dan bukan geografi apabila bertukar penyedia perkhidmatan atau lokasi atau perkhidmatan. |
utility SAN array | utiliti tatasusunan rangkaian kawasan storan (SAN) | Teknologi Maklumat | Perisian | Tatasusunan storan yang direka bentuk untuk menjadi asas storan bagi seni bina pengkomputeran utiliti. Seni bina ini menyediakan platform yang membolehkan penyedia perkhidmatan menjadi syarikat Teknologi Maklumat yang menawarkan perkhidmatan utiliti. Contoh perkhidmatan utiliti ialah perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) dan perkakasan sebagai perkhidmatan (HaaS). Perkhidmatan ini termasuk juga model perniagaan jaringan sosial yang diberi melalui Internet dan pengkomputeran awan yang merupakan trend masa kini. Contoh tatasusunan storan utiliti ialah 3PAR InServ Storage Servers, NetApp FAS GX Series dan Pillar Data Systems Axiom. |
distinctive competence | kewibawaan tersendiri | Pengurusan | Perancangan | Keupayaan khusus sesebuah syarikat yang mampu bertahan lama dan berupaya membantu syarikat mencapai prestasi ekonomi yang baik atau lebih tinggi daripada syarikat pesaing. Contohnya, syarikat pengeluar perabot atau penyedia khidmat perancang perkahwinan yang mempunyai kepakaran dalam menghasilkan produk yang berinovatif, mampu milik dan mengikut citarasa semasa yang diingini pengguna. |
protocol address | alamat protokol | Teknologi Maklumat | Tiada | Alamat numerik yang diberikan kepada pelayan dan pengguna yang mencapai Internet. Bagi pelayan, alamat protokol diterjemahkan ke dalam bentuk pelayan nama domain (DNS). Bagi pengguna, alamat protokol diberikan oleh Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) |
set-top box | kotak set-atas | Teknologi Maklumat | Tiada | Kotak stesen televisyen berbayar yang diletakkan di atas televisyen pengguna seperti stesen televisyen berbayar yang berasaskan kabel, Internet atau satelit. Fungsi kotak ini adalah untuk mengekod dan menyahkod isyarat video yang dihantar oleh stesen penyedia televisyen berbayar. Contohnya, kotak set-atas yang dibekalkan oleh ASTRO kepada pelanggannya. |
T-3 | T-3 | Teknologi Maklumat | Tiada | T-3 bermaksud talian jauh paras 3. T-3 ialah suatu pautan penghantaran digital yang berupaya menghantar isyarat selaju 44.736 Mbps dan mempunyai 672 saluran suara dan data. T-3 menggunakan penghantaran optik gentian atau gelombang mikro. Talian ini umumnya digunakan oleh penyedia perkhidmatan internet (ISP) dan rangkaian besar. |
direct broadcasting satelite (DBS) | satelit siaran langsung (DBS) | Teknologi Maklumat | Tiada | Sistem televisyen satelit yang membolehkan pelanggan menerima isyarat langsung dari satelit geopegun melalui antena ceper bersaiz kecil dan relatif murah yang dipasang tetap pada bumbung atau dinding rumah. Pelanggan juga memerlukan tambahan unit penyahkod transmisi (DTU) untuk membolehkan siaran tersebut dipaparkan di televisyen. Dengan demikian pelanggan hanya boleh menerima siaran dari penyedia siaran tersebut sahaja. Contohnya siaran ASTRO menggunakan sistem sedemikian. |
T-2 | T-2 | Teknologi Maklumat | Tiada | T-2 bermaksud talian jauh paras 2. T-2 ialah satu pautan penghantaran digital yang berupaya menghantar isyarat selaju 6.312 Mbps. T-2 menyediakan sebanyak 96 saluran suara yang setiap satunya berkelajuan 64Kbps. Kelajuan T-2 adalah 4 kali ganda kelajuan T-1 kerana ia menggunakan litar 4 wayar . T-2 hanya digunakan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi. |