evaporation | penyejatan | Kimia | Tiada | Perubahan keadaan sesuatu bahan daripada cecair kepada gas atau wap pada sebarang suhu di bawah takat didih. Kadar penyejatan bertambah dengan kenaikan ;suhu. Penyejatan berlaku di permukaan cecair dengan pembebasan molekul cecair bertenaga tinggi ke udara, dan seterusnya menyejukkan cecair tersebut. |
flash evaporation | penyejatan kilat | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penyejatan yang berlaku sekiranya suhu larutan suapan lebih tinggi daripada suhu didih larutan yang menyebabkan sebahagian daripada larutan meruap secara spontan dalam keadaan keseimbangan adiabatik pada tekanan wap di dalam penyejat. Keadaan ini meningkatkan kapasiti penyejatan per kuantiti haba yang dibekalkan. |
evaporated milk | susu sejat | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Susu yang telah dipekatkan atau disingkir sebahagian daripada airnya melalui penyejatan tanpa ditambah gula. Penyejatan ini biasanya dikendalikan dalam vakum pada tekanan rendah dan suhu kurang daripada 70oC untuk mengelakkan koagulasi protein dan pengeluaran rasa masak. Susu ini kemudian dihomogen serta disterilkan. |
evaporation | penyejatan | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Penyingkiran sebahagian air daripada makanan cair melalui pendidihan. Fungsi penyejatan adalah untuk memekat makanan sebelum pengeringan, penyejukbekuan, pensterilan, meningkatkan kandungan pepejal makanan, memudahkan pengguna atau pengusaha makanan serta mengubah rasa dan/atau warna makanan. |
inspissation | pemekatan | Perubatan | Tiada | 1. Proses menjadikan lebih pekat atau kental melalui penyerapan atau penyejatan.,2. Keadaan menjadi lebih pekat atau kental melalui penyerapan atau penyejatan. |
ablation | ablasi | Hidrologi | Tiada | 1. Proses gabungan (seperti peleburan, pemejalwapan, penyejatan) yang memindahkan salji atau ais dari glasier atau dari padang salji. Juga digunakan untuk menyatakan kuantiti salji atau ais yang hilang oleh proses di atas. (WMO) 2. bagi litupan salji: Pengurangan kesetaraan air oleh peleburan, penyejatan, angin dan avalanche. (ICSI). |
ablation | ablasi | Sains | Hidrometeorologi | 1. Proses gabungan, seperti pemejalwapan, peleburan, dan penyejatan, yang memindahkan salji atau ais dari glasier atau dari medan salji. Istilah ini juga digunakan untuk menyatakan kuantiti salji atau air yang hilang akibat porses di atas. 2. Bagi litupan salji, pengurangan kesetaraan air oleh peleburan, penyejatan, angin dan avalanche. |
hydrological cycle, syn. water cycle | kitaran hidrologi | Hidrologi | Tiada | Turutan tahap yang dilalui air dari atmosfera ke bumi dan balik ke atmosfera; penyejatan dari air daratan atau laut atau air pedalaman, peluapan yang membentuk awam, pengerpasan, pengumpulan dalam tanih atau badan air dan penyejatan semula. |
funicular state | keadaan funikulus | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Keadaan air dalam fasa yang berterusan di dalam liang bahan berongga dan gas pengering dalam fasa diskret bagi proses pengeringan bahan. Zon penyejatan wap air hanya berlaku pada permukaan bahan sahaja dan kadar penyejatan tidak berubah dengan nilai kelembapan. Keadaan ini ditandakan dengan kadar pengeringan yang menurun secara linear. |
evaporation | penyejatan; sejatan | Fizik | Tiada | Tiada |