Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.leng.ga.ra.an] | ڤڽلڠݢاراءن

Definisi : 1. perbuatan menyeleng­garakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan: cara-cara ~ pemerintahan; 2. pemeliharaan, pengawasan: ia di rumah sakit dan dlm ~ tuan doktor; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.leng.ga.ra.an] | ڤڽلڠݢاراءن

Definisi : perbuatan (cara, hal dsb) menyelenggara atau menyelenggarakan sesuatu: ~ se­minar tsb telah berjalan dgn lancar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selenggara
Kata Terbitan : menyelenggarakan, selenggaraan, penyelenggaraan, penyelenggara,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adaptive maintenancepenyelenggaraan mudah suaiTeknologi MaklumatPerisianPenyelenggaraan perisian terhadap persekitaran yang baharu dan juga keperluan yang baharu. Penyelenggaraan ini diperlukan kerana beberapa aspek persekitaran sistem seperti perkakasan, platform pengoperasian atau sistem pengendalian dan perisian sokongan yang lain telah berubah. Oleh itu, sistem aplikasi perlu diubah suai sejajar dengan perubahan persekitaran yang berlaku. Contohnya, pengemaskinian versi perisian.
warehouseman's liability insuranceinsurans liabiliti penyelenggaraan gudangPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans perdagangan yang melindungi liabiliti penyelenggaraan gudang bagi kerugian atau kerosakan harta yang disimpan di gudang tersebut.
access rule managementpengurusan peraturan capaianTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPengurusan yang melibatkan penyelenggaraan maklumat capaian termasuk pentadbiran, penyelenggaraan dan pemantauan akaun capaian.
corridor linejalur koridorLandskapTiadaKawasan simpan yang mempunyai kelebaran tertentu untuk pembangunan masa akan datang dan kerja penyelenggaraan. Contohnya, rizab sungai, jalan, kerja penyelenggaraan kabel elektrik dan sebagainya.
routine maintenancepenyelenggaraan rutinKejuruteraanKejuruteraan MekanikPemeriksaan, servis dan pembaikan kecil yang dilakukan ke atas sesebuah mesin mengikut masa yang ditetapkan dalam jadual mesin. Penentuan kerja ini dibuat berdasarkan tempoh penggunaan mesin atau jarak perjalanan kenderaan. Contohnya, kerja servis pemampat gas yang dibuat setiap lima ratus jam penggunaan atau kerja penyelenggaraan kereta dibuat setiap lima ribu kilometer perjalanan.
software maintenancepenyelenggaraan perisianTeknologi MaklumatPerisianProses dalam kejuruteraan perisian bagi menambah baik perisian selepas dilaksanakan atau digunakan. Penambahbaikan ini adalah untuk membaiki prestasi, membetulkan ralat dan menambah fitur dalam perisian. Proses ini perlu dilakukan dengan sistematik dan teliti supaya sebarang pengubahsuaian dapat disepadukan dengan modul atau atur cara yang asal. Contoh aktiviti dalam penyelenggaraan perisian ialah pengeluaran perisian versi terbaru.
waterfall modelmodel air terjunTeknologi MaklumatPerisianModel jujukan proses pembangunan perisian yang terdiri daripada fasa keperluan, reka bentuk, pelaksanaan, penentusahan dan penyelenggaraan. Aliran kemajuan fasa bermula dari atas, iaitu fasa keperluan dan kemudian menurun ke bawah sehingga fasa penyelenggaraan seolah-olah seperti air terjun. Rajah 4: Model Air Terjun
maintenancepenyenggaraan/penyelenggaraanFizikTiadaTiada
maintenancepenyenggaraan/penyelenggaraanKomunikasi MassaTiadaTiada
maintenancepenyenggaraan/penyelenggaraanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas