scattering cross-section | keratan rentas penyerakan | Fizik | Mekanik | Hasil tambah antara keratan rentas penyerakan kenyal dan penyerakan tak kenyal. |
Mott scattering | penyerakan Mott | Fizik | Mekanik Kuantum | 1. Penyerakan zarah seiras oleh daya Coulomb. 2. Penyerakan elektron kerelatifan oleh medan Coulomb. |
scattering length | panjang penyerakan | Fizik | Mekanik Kuantum | Parameter yang digunakan untuk menganalisis taburan serakan nukleus pada tenaga rendah. Apabila tenaga hentaman zarah semakin kecil, nilai keratan rentas serakan ini menghampiri luas permukaan sfera tak tusuk yang mempunyai jejari sama dengan panjang penyerakan tersebut. Panjang penyerakan juga dikenali sebagai kuasa serakan. |
scattering | penyerakan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Proses serakan sebahagian daripada sinaran tuju kesemua arah oleh zarah kecil yang terampai dalam atmosfera. Dalam penyerakan, hanya perubahan dalam taburan ruang sinaran berlaku tanpa menghasilkan tranformasi tenaga. Selain penyerapan, penyerapan juga merupakan sebab utama pelemahan sinaran oleh atmosfera. Penyerakan berubah mengikut nisbah diameter zarah terhadap panjang gelombang sinaran. Sekiranya nisbah ini kurang daripada 0.1, serakan Rayleigh digunakan; jika lebih besar daripada 0.1, teori Mie digunakan; manakala nisbah dalam order 10, hukum optik geometri digunakan. |
hydrodynamic dispersion | penyerakan hidrodinamik | Geografi | Tiada | Penyerakan suatu bahan larut dalam aliran melalui medium berliang hasil daripada resapan molekul dan daripada ketidakhomogenan halaju mikroskopik. |
hydrodynamic dispersion | penyerakan hidrodinamik | Pertanian | Tiada | Penyerakan suatu bahan larut dalam aliran melalui medium berliang hasil daripada resapan molekul dan daripada ketidakhomogenan halaju mikroskopik. |
plural scattering | penyerakan majmuk | Kejuruteraan | Tiada | Penyerakan zarah atau foton dengan sesaran akhirnya adalah jumlah vektor sesaran-sesaran kecil. |
self-scattering | penyerakan diri | Kejuruteraan | Tiada | Penyerakan sinaran oleh bahan yang memancarkan sinaran tersebut. |
electron scattering | penyerakan elektron | Kejuruteraan | Tiada | Penyerakan yang berlaku ke atas elektron dalam pepejal. |
elastic scattering | penyerakan kenyal | Fizik | Mekanik | Penyerakan yang disebabkan oleh perlanggaran kenyal |