trade-out syndication | sindiket pawahan | Komunikasi | Korporat | Kaedah penyiaran rancangan televisyen atau radio yang memberikan keuntungan kepada kedua-dua pihak, iaitu pengiklan dan stesen penyiaran. Melalui kaedah ini, pengiklan akan menawarkan rancangan televisyen atau radio yang dibiayai sepenuhnya oleh sesebuah syarikat atau organisasi yang dipersetujui oleh stesen penyiaran. Semasa penyiaran rancangan tersebut, syarikat yang membiayai penerbitan rancangan itu boleh menguasai sepenuhnya masa siaran dengan meletakkan iklan barangan atau perkhidmatan di ruang siaran yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Stesen penyiaran akan mendapat faedah melalui penawaran rancangan secara percuma. Selain itu, pihak syarikat diberi kebebasan untuk menghasilkan rancangan .mengikut keperluan penyiaran yang dijangka boleh memberikan keuntungan kepada mereka. Contohnya, penerbitan siri drama yang dibiayai sepenuhnya oleh syarikat pengeluar minyak kelapa sawit. Syarikat pengeluar boleh menghasilkan drama yang menggunakan lokasi penggambaran di ladang kelapa sawit dengan tema kehidupan |
wait order | iklan tunggu masa | Komunikasi | Korporat | Kaedah menangguhkan penyiaran atau penerbitan iklan bagi memenuhi sesuatu strategi syarikat pengiklanan. Melalui kaedah ini, penyiaran atau penerbitan iklan tidak dilakukan sehingga mendapat kebenaran untuk meneruskan atau menghentikan penerbitan atau penyiaran nya. Kaedah ini dilakukan disebabkan oleh beberapa kemungkinan utama, Pertama, sekiranya syarikat ingin membuat penjenamaan semula syarikat dan barangannya, sedangkan iklan tersebut telah disediakan lebih awal, maka penyiaran dan penerbitan iklan berkenaan perlu ditangguhkan sehingga pihak syarikat mendapat sesuatu ketetapan berkaitan dengan strategi pengiklanan syarikat. Jenis ketetapan boleh dalam bentuk mengubah suai iklan yang sedia ada supaya dapat memenuhi keperluan semasa atau membatalkan penyiaran dan penerbitan iklan berkenaan. Kedua, sekiranya syarikat berada dalam keadaan bermasalah, maka kaedah menangguhkan penyiaran atau penerbitan iklan sedemikian akan dilakukan. |
Islamic States Broadcasting Organisation (ISBO) | Pertubuhan Penyiaran Negara-Negara Islam (ISBO) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Institusi khusus Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang diwujudkan untuk menggalakkan kerjasama dalam bidang penyiaran termasuk pertukaran program radio dan televisyen antara pertubuhan penyiaran negara anggota. Institusi ini menjadikan bidang penyiaran sebagai saluran untuk berdakwah dan menggalakkan perpaduan umat Islam. |
broadcast media | media penyiaran | Komunikasi | Korporat | Sistem dan alat penyaluran maklumat daripada sumber kepada khalayak secara elektronik. Media penyiaran bertindak sebagai sistem apabila proses pengumpulan dan penyebaran maklumatnya menggunakan satu tatacara dan proses tertentu yang ditetapkan oleh sistem dalam sesebuah masyarakat. Media penyiaran bertindak sebagai alat pula apabila media ini digunakan untuk menyebarkan maklumat. Pengurusan maklumat melalui media elektronik tertakluk kepada persetujuan sistem yang diwujudkan . Dalam komunikasi korporat, media elektronik bertindak sebagai alat penyaluran maklumat organisasi kepada khalayak. Maklumat boleh dalam bentuk audio dan visual. Contohnya, radio dan televisyen. Media tersebut menyediakan ruang masa siaran iklan untuk mempromosikan barangan atau perkhidmatan. Berdasarkan teori difusi yang dikemukakan oleh Everret M. Rogers (1962), media penyiaran turut digunakan sebagai alat kempen untuk mewujudkan kesedaran dan minat khalayak terhadap mesej. |
commercial protection | perlindungan iklan | Komunikasi | Korporat | Peraturan atau persetujuan bersama antara agensi pengiklanan dengan stesen penyiaran mengenai jaminan siaran iklan tanpa saingan. Dalam bidang penyiaran, agensi pengiklanan yang bersetuju untuk membeli masa siaran iklan seboleh-bolehnya tidak ingin mempunyai iklan daripada barangan yang sama bagi mengelakkan konflik persaingan. Untuk memastikan agensi iklan berkenaan membeli ruang masa siaran, terdapat stesen penyiaran yang bersetuju membuat perjanjian untuk memberikan hak perlindungan iklan kepada para pengiklan. Walaupun perlindungan iklan lebih merupakan persefahaman antara agensi pengiklanan dengan stesen penyiaran, namun terdapat stesen yang meletakkan perlindungan iklan sebagai satu peraturan yang diamalkan. Melalui kaedah ini, pihak media penyiaran memberikan jaminan kepada pihak pengiklanan bahawa mereka tidak akan membenarkan penyiaran iklan barangan saingan dalam tempoh waktu tempahan tersebut. |
narrow casting | penyiaran terhad | Pendidikan | Tiada | Sistem penyiaran yang terhad kepada sesuatu kedudukan atau kelompok penonton dan hanya mementingkan pencapaian objektif penyiarannya. |
triple spotting | iklan tiga serangkai | Komunikasi | Korporat | Kaedah penyiaran tiga iklan serentak di televisyen atau radio yang disusun beriringan antara satu sama salin dalam tempoh masa yang sama. Iklan ini boleh disiarkan antara tempoh penyiaran sesuatu rancangan sebanyak tiga kali atau melibatkan penyiaran tiga jenis iklan untuk barangan yang sama oleh pelanggan yang sama. |
time classification | pengelompokan masa | Komunikasi | Korporat | Pendekatan untuk menetapkan nilai bayaran siaran iklan melalui media elektronik berdasarkan status waktu siaran. Penepatan nilai bayaran ini dilakukan dengan memberikan klasifikasi mengikut gred A, B, C, dan D. Nilai gred ini berbeza dari satu stesen penyiaran dengan stesen penyiaran lain. Perbezaan ini bergantung pada kemasyhuran dan kewibawaan stesen penyiaran berkenaan. Stesen yang lebih berwibawa biasanya mempunyai nilai bayaran yang tinggi bagi setiap gred kelompok masa siaran tersebut. Contohnya, kelompok waktu siaran yang mempunyai nilai gred A akan dibayar lebih tinggi berbanding kelompok waktu siaran yang mempunyai nilai gred yang lebih rendah. Unit nilai bayaran iklan adalah berdasarkan kiraan saat. Walau bagaimanapun,prinsip pengklasifikasian gred adalah berdasarkan jumlah khalayak bagi sesuatu tempoh dalam sehari, seminggu, sebulan, atau setahun. Sekiranya lebih ramai khalayak dalam tempoh tertentu, maka lebih tinggi nilai bayaran yang dikenakan oleh stesen penyiaran kepada pengiklan. |
commercial spot | masa iklan | Komunikasi | Korporat | Peletakan atau penyusunan unit iklan pada kedudukan tertentu dalam ruang selitan iklan. Keputusan untuk menentukan peletakan unit iklan tersebut perlu mendapat persetujuan dan arahan daripada syarikat pengiklanan kerana mereka mempunyai strategi penyiaran iklan masing-masing melalui pemilihan masa berkenaan. Sekiranya masa penyiaran iklan disusun letak sebaik sahaja rancangan utama ditamatkan, jumlah khalayak dijangka lebih tinggi berbanding beberapa minit selepas rancangan utama disiarkan. Penyiaran iklan pada tempoh ini biasanya dikenakan bayaran yang tinggi berbanding nilai masa iklan yang berikutnya. Penentuan masa jenis ini bukan sahaja sangat bermakna kepada stesen penyiaran, tetapi juga kepada syarikat pengiklanan. Tempoh dan jumlah penyiaran iklan di ruang selitan iklan bergantung pada jumlah syarikat yang ingin mengiklankan barangan dan dasar yang digunakan oleh syarikat penyiaran. |
house ad | iklan milikan | Komunikasi | Korporat | Penghasilan penerbitan dan penyiaran iklan yang dilakukan oleh sesebuah syarikat media untuk kepentingan syarikat tersebut. Pendekatan ini digunakan untuk mengurangkan kos penerbitan dan penyiaran. Pendekatan ini juga memberikan ruang kretiviti yang luas dari segi reka letak dan kandungan. Penghasilan iklan jenis ini biasanya mempunyai reka bentuk dan keperluan penerbitan yang lebih mudah diuruskan. |