taboi | taboi | Kesusasteraan | Tiada | Persembahan perarakan di Sumatera Barat untuk mengenang kembali Peperangan Karbala. Peperangan ini mengorbankan Hasan dan Husain, cucu Nabi Muhammad SAW. Perkataan taboi merujuk kepada tabut, iaitu batu-batu nisan kecil yang diusung semasa perarakan meraikan kesyahidan Hasan dan Husain di India. Persembahan ini diadakan sekitar sepuluh hari pertama bulan Muharam. |
Salt March | Perarakan Garam | Sejarah | Tiada | Tiada |
pageant | pagean | Kesusasteraan | Tiada | Perarakan yang hebat, pameran atau suatu siri tablo yang terdapat dalam drama pendek untuk memperingati peristiwa sejarah yang penting. Penumpuannya adalah kepada kostum yang mewah serta hebat dan biasanya tanpa dialog. Pada asalnya, pagean merujuk kepada pentas bergerak yang digunakan sebagai tempat untuk melakonkan drama mukjizat di Eropah pada abad pertengahan. Lihat juga tablo. |
ceremonial route | laluan istiadat | Landskap | Tiada | Jalan yang digunakan untuk perarakan ke istana atau bangunan penting. |
banner | kain rentang; tajuk rentang | Undang-undang | Tiada | 1. Sekeping kain atau kertas, biasanya empat segi bujur besar yang mempunyai cogan kata atau corak yang dibawa dalam satu tunjuk perasaan atau perarakan.,2. Tajuk utama di muka hadapan akhbar.,3. Jaluran kain yang panjang, yang direntang melintang atau sepanjang jalan.,4. Bendera yang mempunyai lambang sesuatu pasukan tentera, polis dan sebagainya. |
masque | lakon topeng | Kesenian | Drama dan Teater | Drama yang dijayakan oleh pelakon yang memakai topeng atau sebarang bentuk penyamaran. Lakon topeng juga ialah sejenis persembahan yang memasukkan unsur tarian dan nyanyian dalam bentuk perarakan dan penyamaran itu biasanya digunakan untuk menggambarkan watak tertentu yang terkenal dalam kalangan rakyat. Contohnya, Awang Batil di Perlis. |
rebana berarak | rebana berarak | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram yang berbingkai. Rebana berarak yang bersaiz sederhana ini memainkan rentak tertentu untuk mengiringi perarakan. Lihat juga rebana. |
boulevard | boulevard | Kesenian | Seni Bina | Laluan atau jalan raya utama yang dibina dengan ciri-ciri khusus seperti lurus, lebar dan panjang sebagai penghubung dengan mercu tanda utama. Laluan tersebut merentasi pusat bandar dan biasanya dihiasi dengan pokok-pokok hiasan dan laluan pejalan kaki. Laluan tersebut juga sering digunakan untuk acara tertentu seperti perarakan dan perbarisan sama ada di peringkat tempatan, negeri atau kebangsaan. Sinonim lebuh hias. |
polonaise | polonaise | Muzik | Tiada | 1. Tarian perarakan yang wujud pada abad ke-17. Polonaise berasaskan tarian rakyat Poland, bermeter 3A dan bertempo sederhana.&nbs |
kompang | kompang | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang berasal dari Timur Tengah diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram yang berbingkai. Kompang diperbuat daripada kayu berbingkai dan mempunyai satu muka kulit. Permukaan kulitnya dipasang pada baluh dengan paku logam. Alat muzik ini dipegang dengan sebelah tapak tangan sementara tapak tangan yang sebelah lagi digunakan untuk memukul. Kompang dimainkan dalam ensembel secara bertingkah-tingkah untuk mengiringi nyanyian, perarakan dan pelbagai perayaan dalam masyarakat Melayu. Kompang dikenali sebagai rebana di Indonesia dan duff di Timur Tengah. |