space factor | faktor ruang | Teknik | Elektrik | 1. Peratus jumlah luas muka keratan kumpulan kabel berbanding dengan luas muka keratan dalam pembuluh, paip, salur, sesalur, atau saluran tempat kabel dipasang. Mengikut peraturan I.E.E., faktor ruang mestilah tidak melebihi 40 peratus bagi pemasangan pembuluh atau 45 peratus bagi salur dan sesalur. Faktor ruang dikira untuk memudahkan pemasukan kabel ke dalamnya, di samping memberi ruang untuk udara menyejukkan kabel. 2. Nisbah di antara luas muka keratan belitan kuprum dengan ruang yang ada untuk pemasangan beltan ke dalam teras tingkap. |
divergence | pencapahan | Biologi | Genetik | 1. Peratus perbezaan antara jujukan nukleotida dua segmen DNA yang mempunyai persamaan. 2. Peratus perbezaan antara jujukan asid amino dua rantai polipeptida yang mempunyai persamaan. |
carbon ratio | nisbah karbon | Geologi | Tiada | 1. Peratus karbon tetap di dalam batu arang.,2. Nisbah karbon tetap terhadap karbon tetap serta hidrokarbon mudah meruap di dalam batu arang. |
efficiency | kecekapan | Teknik | Elektrik | 1. Nisbah peratus kuasa keluaran terhadap kuasa masukan sesuatu peralatan mesin atau perkakas elektrik. 2. Bagi bateri sekunder, kecekapan ialah nisbah peratus tenaga keluaran terhadap tenaga masukan dalam keadaan biasa. 3. Bagi lampu pijar, kecekapan ialah nisbah peratus min kuasa lilin sfera terhadap watt yang digunakan. 4. Bagi penjana tenaga, kecekapan ialah nisbah peratus elektrik yang diterima terhadap julatan tenaga elektrik yang dihasilkan. |
loamy sand | pasir bergeluh | Pertanian | Tiada | Tekstur tanah yang mengandung 85 hingga 90% pasir, dan peratus kelodak dicampur dengan 1.5 kali peratus lempung tidak kurang dari 15, pada had atas; mengandung tidak kurang dari 70 hingga 85% pasir, dan peratus kelodak dicampur dengan 2 kali peratus lempung tidak lebih dari 30, pada had bawah. |
heat penetrating distance | jarak penembusan haba | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Jarak yang ditakrifkan (secara sembarangan) sebagai jarak dari sesuatu permukaan apabila perubahan suhu lebih kurang 1 peratus daripada suhu awal permukaan tersebut. |
E-corona | korona-E | Matematik | Tiada | Bahagian korona suria yang berasal daripada garis pancaran gas besi, nikel dan kalsium yang mengalami pengionan tinggi. Ini menghasilkan sebanyak hanya 1 peratus sahaja daripada seluruh cahaya korona. |
calcic | kalsik | Geologi | Tiada | 1. Mengandungi kalsium; berkaitan dengan mineral dan batuan igneus yang mengandungi kalsium pada kadar yang secara relatifnya tinggi.,2. Berkaitan dengan siri batuan ignens yang mempunyai peratus berat silika lebih daripada 61 peratus apabila peratus berat Ca0 dan K2O+N2O adalah sama. |
centimorgan | sentimorgan (cM) | Biologi | Genetik | Unit bagi jarak peta yang bersamaan dengan satu peratus rekombinasi. 1 sentimorgan bersamaan dengan 1 unit peta. unit pindah silang. |
sand | pasir | Pertanian | Tiada | 1. Zarah utama tanah yang bersaiz dari 0.05 hingga 2.0mm mengikut sistem USDA dan 0.02mm hingga 2.0mm mengikut sistem ISSS.,2. Tekstur tanah yang mengandungi 85% atau lebih pasir; peratus lodak campur 1.5 kali peratus lempung tidak lebih dari 15. |