corporate sector | sektor korporat | Ekonomi | Tiada | Bahagian ekonomi dalam negara yang dikendalikan oleh perbadanan-perbadanan atau syarikat-syarikat berhad milik swasta atau awam, tetapi tidak termasuk syarikat sendirian berhad dan lain-lain. |
classified material | bahan sulit | Perpustakaan | Tiada | Memoranda, laporan dan dokumen-dokumen lain yang diperoleh daripada jabatan-jabatan kerajaan, industri, dan perbadanan-perbadanan lain, institusi penyelidikan dan sebagainya yang dilabelkan sulit dan rahsia. Sinonim: Maklumat sulit. |
borrowing Corporation | Perbadanan yang meminjam | Undang-undang | Tiada | Perbadanan yang berliabiliti atau akan berliabiliti untuk membayar apa-apa wang yang diterima atau akan diterima olehnya melalui tawaran kepada orang ramai supaya memohon beli atau membeli debentur perbadanan itu. |
multinational corporation | perbadanan multinasional | Pengurusan | Perancangan | Jenis organisasi yang beroperasi di lebih daripada satu negara yang dimiliki oleh syarikat induk dari dalam atau luar negara. Perbadanan multinasional ialah organisasi besar yang beroperasi di pelbagai negara dan perjalanan pengurusannya dikawal selia oleh syarikat induk. Contoh perbadanan multinasional ialah Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), iaitu syarikat minyak dan gas kepunyaan Malaysia sepenuhnya, yang memiliki kepentingan perniagaan di lebih daripada 50 negara asing di seluruh pelosok dunia. Lihat juga strategi antarabangsa. |
public corporation | perbadanan awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi mengambil alih beberapa bidang tugas yang pernah dilaksanakan oleh jabatan kerajaan seperti sektor perindustrian, pertanian, kewangan, perniagaan, pendidikan, pembangunan wilayah, latihan dan sebagainya.Tujuan penubuhan perbadanan awam adalah untuk membolehkan kerajaan melibatkan diri secara langsung dalam bidang pembangunan sosioekonomi negara dan dalam aktiviti yang melibatkan sektor swasta tidak mahu menceburinya kerana kurang menguntungkan dan memerlukan modal yang besar. Perbadanan awam wujud berikutan peningkatan kehendak persekitaran, taraf hidup dan pembangunan ekonomi. Perbadanan Awam terbahagi kepada dua, iaitu Badan-badan Berkanun dan Badan-badan Bukan Berkanun. Antara contoh perbadanan awam di Malaysia ialah PKEN, BERNAS, PERNAS, FELDA, MARA dan FAMA. |
authority entry | entri perbadanan | Perpustakaan | Tiada | Entri bagi sesuatu persatuan atau institusi, dengan memberi butiran seperti tarikh penubuhan, tarikh menjadi perbadanan, pertukaran nama, dan penggabungan atau kesatuan dengan persatuan-persatuan yang lain. |
corporation | perbadanan; syarikat | Geografi | Tiada | Tiada |
corporation | perbadanan; syarikat | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
corporation | perbadanan; syarikat | Ekonomi | Tiada | Tiada |
corporation | perbadanan; syarikat | Kesenian | Tiada | Tiada |