hospitalization insurance | insurans hospital | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans yang membayar balik perbelanjaan hospital atau perbelanjaan yang berkaitan dengannya tertakluk kepada had yang telah ditetapkan dalam kontrak. Perbelanjaan ini timbul disebabkan oleh penyakit atau kecederaan. |
hospital expense insurance | insurans belanja hospital | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans yang membayar balik perbelanjaan hospital atau perbelanjaan yang berkaitan dengannya tertakluk kepada had yang telah ditetapkan dalam kontrak. Perbelanjaan ini timbul disebabkan oleh penyakit atau kecederaan. |
parliamentary committee | jawatankuasa parlimen | Pentadbiran | Tiada | Badan khas yang ditubuhkan dalam kalangan anggota parlimen bertujuan untuk menangani sesuatu aspek yang akan dibincang di dalam persidangan seperti rang undang-undang sendirian, rang undang-undang hibrid, anggaran perbelanjaan tahunan, anggaran perbelanjaan dan anggaran perbelanjaan tambahan. Jawatankuasa yang dilantik perlu memikir dan menangani persoalan berkenaan di parlimen dan secara tidak langsung akan mengurangkan beban anggota parlimen yang lain. Cara pembahagian kuasa ini akan menjimatkan masa dan meringkaskan persidangan. |
leakage | bocoran | Ekonomi | Tiada | 1.����� Aliran keluar perbelanjaan daripada aliran pusingan pendapatan sesebuah ekonomi yang mengurangkan tingkat pendapatan negara. Misalnya, import mengurangkan perbelanjaan keluaran dalam negeri, manakala cukai dan tabungan mengurangkan perbelanjaan penggunaan. 2. Aliran keluar dana kewangan daripada sistem bank yang boleh mengurangkan perkembangan stok wang. Misalnya, apabila orang ramai lebih gemar memegang wang tunai daripada menyimpannya sebagai deposit bank. |
Nielsen market section rating | penarafan seksyen pasaran Nielsen | Komunikasi | Korporat | Kaedah pengukuran perbelanjaan pengiklanan yang dilakukan oleh Bahagian Penarafan Pasaran Nielsen Media Research Malaysia. Bahagian ini melakukan penarafan perbelanjaan syarikat atau agensi pengiklanan dalam media di Malaysia dan menghasilkan daftar perbelanjaan yang menjadi rujukan para pengiklan dan pelabur media di Malaysia. Kaedah ini dikenali sebagai perbelanjaan pengiklanan atau Advertising Expenditure (ADEX). Antara alat pengukuran yang digunakan ialah meter elektronik seperti Set Meters dan People Meters. |
public spending | perbelanjaan awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Hal ehwal atau perkara yang melibatkan urusan kewangan kerajaan yang diperuntukkan untuk kepentingan rakyat secara keseluruhan. Perbelanjaan awam melibatkan tindakan kerajaan yang dilakukan secara terperinci dalam mengeksploitasi sumber kewangan negara. Dalam konteks perbelanjaan awam, kerajaan atau mana-mana entiti lain yang sah boleh mengeluarkan pinjaman, bon-bon terbitan dan membuat pelaburan tertentu demi kepentingan negara. |
revenue expenditure | perbelanjaan hasil | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perbelanjaan berulang yang tidak mewujudkan aset. |
traceable expenditures | perbelanjaan surihan | Komunikasi | Korporat | Peruntukan perbelanjaan pengiklanan yang dikenal pasti berasaskan ketetapan yang dibuat oleh pihak bertanggungjawab yang diperakui oleh agensi pengiklanan. Pihak yang bertanggungjawab ini termasuk kerajaan, persatuan pengiklanan yang diiktiraf, stesen penyiaran, syarikat akhbar, atau syarikat penerbitan yang lain. Ketetapan kos ini bergantung pada pasaran, iaitu jumlah permintaan atau edaran, mutu dan peringkat kemasyhuran sesebuah stesen penyiaran, atau syarikat akhbar dan majalah pada sesuatu masa tertentu. Ketetapan kos ini kerap dirujuk dan digunakan sewaktu penyediaan belanjawan sesuatu aktiviti pengiklanan sesebuah syarikat pengeluar atau akaun agensi pengiklanan. Ketetapan kos pengiklanan yang disediakan oleh pihak bertanggungjawab tersebut menjadi rujukan utama kepada syarikat media, syarikat pengeluar, atau pihak kerajaan untuk memantau dan mengesahkan sesuatu belanjawan pengiklanan yang telah dan akan dilaksanakan. |
empirical research | penyelidikan empiris | Komunikasi | Tiada | Kaedah mengagihkan peruntukan periklanan dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk menentukan tahap perbelanjaan terbaik. Dengan menjalankan siri tinjauan di pelbagai pasaran dan menggunakan tingkat perbelanjaan yang berbeza, sesebuah syarikat itu dapat menentukan tahap perbelanjaan yang paling berkesan. |
accrued expenditure basis | asas perbelanjaan terakru | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pengiraan semua perbelanjaan semasa menyediakan akaun diambil kira pada tahun akaun semasa, sementara pembayaran dibuat pada masa yang ditetapkan. |