planetary circulation | peredaran planetan | Sains | Hidrometeorologi | 1. Sistem gangguan skala besar dalam troposfera apabila dicerap pada skala hemisfera atau dunia. 2. Min atau purata mengikut masa, peredaran hemisfera atmosfera; dalam konteks ini, hampir sinonim dengan peredaran umum. 3. Lihat peredaran umum. |
nearshore circulation | peredaran dekat pesisir , peredaran dekat pantai | Geologi | Tiada | Tiada |
enterohepatic circulation | peredaran enterohepar | Farmasi | Farmakologi | Peredaran sebatian termasuk drug yang telah menjalani metabolisme hepar, yang dirembes ke dalam hempedu dan kemudiannya, dikeluarkan ke dalam usus kecil. Dari usus kecil, drug ini akan diserap semula ke dalam peredaran sistemik dan masuk semula ke dalam hepar bagi mengulangi proses yang sama.Peredaran enterohepar boleh meningkatkan separa hayat (t) drug. Peredaran ini boleh juga menyebabkan sebahagian molek:ul yang biasanya tidak toksik menjadi sangat hepatotoksik, sekiranya kepekatan molek:ul tersebut mencapai aras toksik. |
secondary circulation | peredaran sekunder | Sains | Hidrometeorologi | Peredaran yang bersepadanan dengan aspek peredaran umum yang berdasarkan skala lekukan bergerak dan antisiklon. |
anticyclogenesis | antisiklogenesi | Sains | Hidrometeorologi | Permulaan peredaran antisiklon atau penguatan peredaran di sekeliling antisiklon yang sedia ada. |
reverse circulation | peredaran songsang | Kejuruteraan | Petroleum | Sistem peredaran bendalir penggerudian yang bendalir penggerudiannya dipamkan masuk melalui anulus dan naik ke atas dari dasar lubang melalui batang gerudi atau tetiub, berlawanan dengan peredaran normal yang bendalir penggerudiannya naik melalui anulus. |
normal circulation | peredaran normal | Kejuruteraan | Petroleum | Peredaran bendalir penggerudian yang lancar tanpa gangguan yang bermula dari kolam lumpur, turun ke, dalam telaga melalui batang gerudi, keluar melalui bit dan naik semula melalui ruang anulu balaik ke kolam lumpur. Rujuk : peredaran songsang. |
yolk sac | kantung yolka | Kejururawatan | Tiada | Pundi bermembran yang melekat pada embrio serta mengandungi nutrisi untuk embrio yang sedang berkembang dan sebagai sistem peredaran darah sebelum peredaran dalaman bermula. |
arterial circulation | peredaran arteri | Perubatan | Tiada | Peredaran darah melalui arteri. |
cyclonic circulation | peredaran siklon | Sains | Hidrometeorologi | Peredaran atmosfera teratur yang berkaitan dengan suatu lekukan. |