Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.re.kat] | ڤرکت

Definisi : gam, lem; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.re.kat] | ڤرکت

Definisi : sesuatu (spt gam) yg dpt merekatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.re.kat] | ڤرکت

Definisi : benda berlendir dan lekit yg digunakan utk melekatkan kertas dll; gam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rekat
Kata Terbitan : merekat, merekatkan, perekat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adhesiveperekatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBahan yang boleh melekatkan dua bahan pepejal atau lebih secara pertaupan permukaan supaya menjadi satu unit. Ada dua jenis perekat iaitu perekat semula jadi seperti kanji, albumin dan damar; dan perekat buatan seperti urea formaldehid, melamin formaldehid, dan epoksi.
dry tackkelekatan keringPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSifat perekat seperti perekat getah yang hanya melekat apabila komponen yang mudah meruap di dalamnya menyejat. Misalnya, kelekatan kering berlaku pada gam penampal tiub basikal. Sin: kelekatan agresit.
pressure sensiti adhesiveperekat peka tekananPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPerekat likat kenyal yang bebas daripada pelarut dan sentiasa mengekalkan lekatannya. Perekat ini melekat secara spontan pada permukaan pepejal apabila sedikit tekanan dikenakan kepadanya. Perekat ini terdiri daripada polimer getah pengisi dan bahan penstabil. Misalnya, pita selofan.
albumin glueperekat albuminPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPerekat semula jadi yang terdiri daripada darah kering yang boleh larut dan sedikit penambah. Perekat ini boleh memberi ikatan yang kuat apabila mengental dan mengeras pada suhu antara 71�C hingga 82�C dan digunakan dengan meluas dalam pembuatan papan lapis sebelum terhasilnya perekat buatan.
casienkaseinPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKompenon fosfoprotien yang dipeoleh daripada susun dan terdapat dalam beberapa jenis perekat dan plastik. Perekat kasein merupakan satu antara pelbagai jenis perekat semula jadi yang digunakan dalam industri pelapisan kayu.
glue spreadlepa perekatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanJumlah perekat yang digunakan untuk mencantumkan dua permukaan, misalnya venir atau kayu pejal dan dinyatakan secara kuantitatif berat pelekat per luas permukaan yang diperekat. Sekiranya perekat hanya dilepa pada satu permukaan sahaja, proses ini disebut lepa tunggal perekat , dan jika disapukan pada kedua-dua permukaan, proses ini disebut lepa berganda.
separate application adhesiveperekat penggunaan berasinganPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPerekat yang terdiri daripada dua komponen yang berbeza, satu komponen dikenakan pada satu permukaan dan satu komponen lagi pada permukaan yang lain. Apabila kedua-dua permukaan ditemukan, perekat akan membentuk ikatan kuat yang dikehendaki. Misalnya, perekat epoksi.
preproduction testujian prapengeluaranPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanUjian yang dijalankan pada perekat, sama ada untuk menentukan kesesuaian kelompok perekat mengikut piawai pengeluaran yang digunakan, untuk menentukan mutu perekat sebelum komponennya dihasilkan, atau untuk menentukan kesesuain perekat mengikut keperluan spesifikasi yang tidak memerlukan ujian kelayakan.
hot melt adhesiveperekat lebur panasKejuruteraanPolimerPerekat yang terdiri daripada bahan termoplastik yang dileburkan supaya mudah mengalir dan mengeras kembali apabila disejukkan. Perekat ini sesuai untuk sambungan bebanan sederhana.
pressure sensitive adhesiveperekat peka tekananKejuruteraanPolimerPerekat yang berasaskan polimer berberat molekul rendah dalam keadaan cecair pada suhu bilik. Ia bertindak sebagai perekat apabila tekanan dikenakan.
12345678910...

Kembali ke atas