enzyme inhibition | perencatan enzim | Herba | Fitokimia | Pencegahan sesuatu proses enzim yang disebabkan oleh saling tindakan antara zat tertentu dengan enzim. Perencatan enzim juga boleh bermaksud gangguan pada tahap enzim, yang pada asasnya merujuk kepada cara enzim itu bertindak sama ada perencatan bersaing, perencatan tak bersaing, perencatan bukan bersaing atau perencatan bersaing separa. |
feedback inhibition | perencatan suap balik | Bioteknologi | Tiada | Perencatan aktiviti enzim yang dikaitkan dengan peringkat awal pada tapak jalan berbilang langkah oleh metabolit yang dihasilkan melalui tindak balas pada tapak jalan itu. Perencatan ini merupakan mekanisme pengawalan yang terbentuk akibat pengikatan hasil pada tapak alosterik enzim. |
inhibition | perencatan; penyekatan | Perubatan | Tiada | Perencatan: Suatu tindakan melambat atau menyekat sesuatu aktiviti. |
noncompetitive inhibition | perencatan tak bersaing | Kimia | Biokimia | Perencatan yang berlaku pada enzim apabila perencat bergabung dengan enzim bebas atau kompleks enzim-substrat dan menyebabkan perencat tidak bersaing dengan substrat. |
agglutination inhibition test | ujian perencatan aglutinasi | Sains Forensik | Tiada | Ujian serologi untuk mengenal pasti sesuatu antigen pengaglutinan seperti protein berdasarkan perencatan pengaglutinan oleh antibodi yang diketahui. |
receptor inhibition | perencatan reseptor | Perubatan | Tiada | Proses menghalang tindakan agonis oleh antagonis pada reseptor bagi mengurangkan kesan rangsangan reseptor tersebut. Kesan rencatan reseptor boleh digunakan sebagai rawatan dalam pelbagai penyakit. Contoh, perencatan reseptor histamina 2 (H2) mengurangkan rembesan asid gaster yang digunakan sebagai asas rawatan dalam penyakit ulser peptik. |
apical dominance | kedominanan apeks | Botani | Tiada | Perencatan pertumbuhan dan perkembangan tunas aksil yang disebabkan oleh kehadiran tunas apeks. Didapati, auksin yang terhasil di bahagian apeks bertanggungjawab terhadap perencatan tersebut. Bagi mengurangkan kejadian kedominanan apeks tersebut, pertumbuhan tunas apeks perlu dihapuskan. |
Mullerian inhibiting factor | faktor perencatan Mullerian | Veterinar | Praklinikal | Glikoprotein dimer yang dirembeskan oleh sel Sertoli testis dalam embrio jantan. Glikoprotein ini merencat duktus Mullerian daripada menjadi oviduk; uterus; serviks dan vagina. Haiwan jantan yang mengalami keadaan ketiadaan faktor perencat Mullerian akan menjadi hermafrodit. Faktor perencatan Mullerian dikenali juga sebagai hormon anti-Mullerian; hormon perencat Mullerian dan bahan perencat Mullerian. |
multivalent feedback | suap balik multivalen | Bioteknologi | Tiada | Cara pengawalan aktiviti enzim dalam mikroorganisma, iaitu setiap hasil akhir yang terbentuk tidak menunjukkan kesan perencatan ke atas enzim secara berasingan, tetapi gabungan hasil tersebut memberi kesan perencatan suap balik ke atas tindak balas enzim tersebut. bd. suap balik kerjasama. |
non-competitive inhibitor | perencat tak kompetitif | Perubatan | Tiada | Perencat pada reseptor yang tidak dapat dialihkan dari tapak gabungan oleh molekul lain. Ini menyebabkan perencatan reseptor tersebut tidak dapat dibalikkan dan menghasilkan kesan berpanjangan. Contohnya, aspirin dalam perencatan fungsi platelet. |