frontal fog | kabut perenggan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Kabut yang berkaitan dengan zon perenggan dan laluan perenggan. Kabut ini biasanya dibahagiakan kepada tiga jenis, iaitu kabut praperenggan perenggan panas, kabut pascaperenggan perenggan sejuk, dan kabut laluan perenggan. Dua jenis yang pertama merupakan hasil penurunan hujan ke udara sejuk yang stabil dan penaikan suhu takat embun. Kabut laluan perenggan pula dihasilakan oleh percampuran jisim udara panas dan sejuk dan zon perenggan atau oleh penyejukan mendadak udara di atas tanah lembap. |
katafront | perenggan katabatik | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Perenggan (biasanya perenggan sejuk) yang padanya udara panas menuruni permukaan perenggan tersebut (kecuali, mungkin di lapisan bawah sekali). Bandingkan perenggan anabatik. |
katafront | perenggan katabatik | Sains | Hidrometeorologi | Perenggan (biasanya perenggan sejuk) yang padanya udara panas menuruni permukaan perenggan (kecuali, mungkin di lapisan bawah sekali). |
katabatic front - catafront | perenggan katabatik | Geologi | Tiada | Perenggan, biasanya perenggan sejuk, yang udara panasnya menuruni permukaan perenggan. |
front | perenggan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Zon pertemuan antara dua jisim udara yang mempunyai ketumpatan yang berbeza. Oleh sebab taburan suhu merupakan penentu ketumpatan atmosfera yang terpenting, perenggan tertentu memisahkan jisim udara yang berbeza suhunya. Di samping kriteria asas ketumpatan dan kriteria biasa suhu, banyak lagi unsur lain yang mungkin membezakan sesuatu perenggan, seperti palung tekanan, penukaran arah angin, ketakselanjaran kelengasan dan ciri awan dan bentuk kerpasan tertentu. Jis perenggan termasuklah perenggan kutub, perenggan arktik, perenggan sejuk, perenggan panas, perenggan tertaup. |
front | perenggan | Sains | Hidrometeorologi | Bidang temu atau zon perantaraan antara dua jisim udara yang mempunyai ketumpatan yang berbeza. Oleh sebab taburan suhu merupakan pengatur ketumpatan atmosfera yang terpenting, perenggan hampir pasti memisahkan jisim udara yang berbeza suhunya. Di samping kriteria asas ketumpatan dan kriteria biasa suhu, banyak lagi unsur lain yang mungkin membezakan sesuatu perenggan, seperti palung tekanan, penukaran arah angin, ketakselanjaran kelengasan dan awan cirian dan bentuk kerpasan tertentu. Jenis perenggan termasuklah perenggan kutub, perenggan arktik, perenggan sejuk, perenggan panas, perenggan tertaup. |
frontal system | sistem perenggan | Sains | Hidrometeorologi | Sistem yang mengandungi beberapa perenggan yang terdapat pada carta sinoptik. Ia digunakan untuk perenggan selanjar dan cirinya di sepanjang perenggan tersebut termasuk sektor-sektornya yang panas, sejuk, pegun dan tertaup, pengubahan keamatan perenggan dan sebarang siklon di sepanjangnya; dan untuk orientasi dan sifat perenggan dalam peredaran siklon perenggan. |
frontal fog | kabut perenggan | Sains | Hidrometeorologi | Kabut yang berkaitan dengan zon perenggan dan laluan perenggan. Kabut ini biasanya dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu kabut praperenggan panas; kabut pascaperenggan sejuk; dan laluan perenggan. Dua jenis yang pertama merupakan hasil penurunan hujan ke udara sejuk yang stabil dan penaikan suhu takat embun. Kabut laluan perenggan pula dihasilkan oleh percampuran jisim udara panas dan sejuk dalam zon perenggan atau oleh penyejukan mendadak udara di atas tanah lembap. |
cold front | perenggan sejuk | Sains | Hidrometeorologi | Perenggan yang gerakannya menyebabkan udara sejuk mengambil tempat udara panas. Laluan perenggan sejuk biasanya dikesan di permukaan bumi dengan kenaikan tekanan, kejatuhan suhu dan takat embun dan dari pencongan angin (di hemisfera utara). Kebanyakan perenggan sejuk akan menurunkan hujan yang mungkin tersebar 100 � 200 km di hadapan atau di belakang perenggan itu. Sesetengah perenggan sejuk hanya membawa hujan di perenggan itu sendiri dan ada juga yang tidak membawa kerpasan langsung. Petir dan sekali-sekala badai jajar mungkin berlaku di perenggan ini. Cerun purata permukaan perenggan sejuk bergerak dengan kelajuan komponen angin geostrofi seperti yang diukur tegak lurus pada perenggan. |
cold front | perenggan sejuk | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Perenggan yang pergerakannya menyebabkan jisim udara sejuk mengambil alih tempat udara panas. Laluan perenggan sejuk biasanya dikesan di permukaan bumi dengan kenaikan tekanan, kejatuhan suhu dan takat embun, dan dari pencongan angin. Kebanyakan perenggan sejuk akan menurunkan hujan yang mungkin tersebar 100 km hingga 200 km di hadapan atau di belakang perenggan itu. Sesetengah perenggan sejuk hanya membawa hujan diperenggan itu sendiri, dan ada juga yang tidak membawa kerpasan langsung. Petir dan sekali-skala badai jajar mungkin berlaku di perenggan ini. Cerun purata permukaan perenggan sejuk adalah lebih kurang pada nisbah 1:50. Secara purata perenggan sejuk bergerak dengan kelajuan komponen angin geostrofi seperti yang diukur tegak lurus pada perenggan. |