trend (fashion) | arah aliran (fesyen) | Kesenian | Tiada | Pergolakan fesyen yang terdiri daripada warna, jenis fabrik dan rupa bentuk pakaian yang dipengaruhi oleh peristiwa semasa, seperti politik, sosial dan sukan, filem, drama serta tokoh-tokoh. |
tsunami | tsunami | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Gelombang lautan yang terhasil akibat pergolakan kerak bumi bawah laut seperti gempa bumi, tanah runtuh atau letupan gunung berapi dasar laut. Gelombang ini bergerak ke semua arah dari titik asalnya dan mampu mendatangkan kerosakan yang dahsyat apabila sampai ke tepi pantai. |
windjammer | pengalih angin | Kesenian | Tiada | Alat untuk mengalihkan arah aliran angin untuk mengelakkan pergolakan angin. |
domestic melodrama | melodrama rumah tangga | Kesenian | Drama dan Teater | Corak melodrama yang memaparkan kisah pergolakan rumah tangga atau kesengsaraan kehidupan sesebuah keluarga. |
interior monologue | monolog dalaman | Kesusasteraan | Tiada | Teknik lakonan yang melibatkan pengucapan batin seseorang watak yang ditemui dalam karya sastera. Bagi pengarang, monolog dalaman menjadi alat untuk mendedahkan perasaan, pergolakan batin dan fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam bentuk dialog. Oleh itu, monolog dalaman dianggap suatu proses mental watak yang dikongsi bersama dengan pembaca. Monolog dalaman juga boleh dirujuk sebagai bhagian atau keseluruhan teks yang merakamkan pemikiran, perasaan, persepsi dan memori watak tanpa sebarang perantaraan seolah-olah pembaca dapat menembusi mindanya. Monolog disampaikan dengan menggunakan teknik aliran kesedaran yang menekankan kecelaruan dan pengabaian logik dengan penggunaan ayat yang tidak teratur, serta idea yang tergantung dan tidak mengikut kronologi. Teknik monolog dalaman mendapat tempat dalam penulisan pada awal abad ke-20 apabila penulis mula mementingkan psikologi watak berbanding plot. Penulis masyhur dari Barat yang menggunakan teknik ini termasuklah James Joyce, Virginia Woolf dan William Faulkn |
background | latar | Kesusasteraan | Tiada | Ruang, masa dan situasi yang menjadi konteks kepada sesuatu peristiwa dalam karya sastera. Ruang merujuk kepada tempat fizikal seperti bilik, kampung dan bandar. Contohnya, Kampung Banggol Derdap dalam Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad. Masa merujuk kepada waktu, musim dan zaman seperti zaman perang dalam novel Patah Sayap Terbang Jua karya A. Samad Ismail. Situasi merujuk kepada keadaan sosial, ekonomi, politik, budaya dan agama. Contohnya, pergolakan politik menjadi latar penulisan novel Anugerah karya Zaharah Nawawi. Latar memainkan peranan penting untuk melahirkan suasana dan mood yang mampu membangkitkan emosi dan kesan mental terhadap penonton. Dalam drama, latar merujuk kepada tirai latar dan peralatan pentas yang digunakan. |
metaphorical solution | penyelesaian kiasan | Kesusasteraan | Tiada | Peleraian kisah yang dibuat secara kiasan, analogi atau perbandingan melalui imej yang mempunyai keselarian dan perkaitan makna dengan kisah yang diceritakan. Sesetengah pengarang membuat peleraian terhadap sesuatu permasalahan dalam karya mereka secara lebih kreatif melalui unsur metafora tetapi tidak secara terus. Cara ini akan melahirkan kesan keindahan dalam karya dan berupaya mengerakkan minda pembaca untuk berfikir secara kritis. Contohnya, novel Seluang Menodak Baung karya Shahnon Ahmad. Ribut yang melanda Kampung Ternas pada akhir cerita tersebut boleh dianggap sebagai penyelesaian kiasan kepada pergolakan antara tradisi dalam pembaharuan. |
legitimacy | keabsahan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Konsep yang menjelaskan kesahan penerimaan kuasa secara sah oleh rakyat. Sumber sah sesuatu kuasa terbahagi kepada tiga, iaitu tradisional, karisma dan rasional perundangan. Contohnya, sistem beraja Negara Brunei Darussalam disahkan kerana tradisi yang masih kekal. Menurut S.M. Lipset pula, keabsahan melibatkan keupayaan sesebuah sistem politik membangkitkan dan mengekalkan kepercayaan ramai bahawa institusi politik yang ada merupakan institusi paling sesuai bagi masyarakat tersebut. Masalah timbul apabila terdapat pihak yang tidak yakin dengan institusi politik dan struktur kuasa yang ada. Contohnya, keadaan yang dialami oleh penduduk Quebec di Kanada dan pergolakan yang berlaku di Ireland Utara. |