Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ju.dian] | ڤرجودين

Definisi : 1. hal atau perbuatan berjudi; 2. tempat berjudi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ju.dian] | ڤرجودين

Definisi : 1 perbuatan atau hal berjudi. 2 tempat berjudi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perjudian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gambling systemsistem perjudianMatematikTiadaTiada
common gaming houserumah perjudian terbukaUndang-undangTiadaTiada
gamblingmaisirEkonomiEkonomi IslamUnsur perjudian dan pertaruhan yang terdapat dalam sesuatu akad atau kegiatan. Maisir terdapat dalam akad insurans kerana pembeli polisi dan pengendali insurans menerima pampasan dan keuntungan masing-masing berdasarkan nasib. Hal ini kerana pembeli polisi mencarum untuk mendapat pampasan yang tidak pasti. Syarikat pengendali insurans pula menanggung risiko dalam pembayaran pampasan tersebut. Maisir pula tidak wujud dalam akad takaful kerana peserta dan syarikat pengendali takaful tidak terlibat dengan unsur nasib. Hal ini kerana peserta takaful mencarum untuk tujuan tabaruk dan tidak mengharapkan pulangan yang tidak pasti. Syarikat pengendali takaful juga tidak menanggung risiko kerugian akibat ketidakpastian pembayaran pampasan kerana pampasan tersebut dibayar daripada kumpulan wang takaful.
bettingbertaruh; pertaruhanUndang-undangTiada1. Memasang wang dan lain-lain dalam perjudian.,2. Perihal bertaruh.
betting and lotteriespertaruhan dan loteriUndang-undangTiada1. Beradu nasib secara memasang wang dan undi tiket.,2. Memasang wang dan undi tiket dalam perjudian untuk menentukan pemenang yang akan menerima hadiah.
unreported activityaktiviti tak terlaporEkonomiTiadaKegiatan mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang tidak dimasukkan dalam pengiraan pendapatan negara dan merupakan punca utama yang boleh merendahkan angka pendapatan negara. Aktiviti tak terlapor termasuk kegiatan haram seperti perjudian, pelacuran, atau penyeludupan, serta kegiatan sah dari segi undang-undang yang bertujuan untuk mengelak cukai seperti pekerjaan sendiri dalam projek tertentu.
syariah noncompliance companysyarikat tak patuh syariahEkonomiEkonomi IslamSyarikat yang aktivitinya tidak mematuhi kriteria syariah sebagaimana yang ditetapkan oleh Majilis Penasihat Syariah (MPS). Syarikat berkenaan terlibat dengan unsur yang haram seperti perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba, perjudian, penjualan barang yang tidak halal, insurans konvensional dan hiburan yang tidak selaras dengan syarak. Sekiranya terdapat urusan yang bercampur antara aktiviti halal dengan aktiviti haram, maka penentuan status tidak patuh syariah akan berdasarkan kepada ukur rujuk percampuran. Keadaan ini menyebabkan syarikat tak patuh syariah dikeluarkan daripada senarai syarikat dalam Indeks Syariah Kuala Lumpur (KLSI).
syariah compliance companysyarikat patuh syariahEkonomiEkonomi IslamSyarikat yang aktivitinya mematuhi kriteria syariah sebagaimana yang ditetapkan oleh Majilis Penasihat Syariah (MPS). Kriteria utama yang diguna pakai bagi menentukan status syarikat patuh syariah ialah aktiviti teras tidak terlibat dengan unsur yang haram seperti perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba, perjudian, penjualan barang yang tidak halal, insurans konvensional dan hiburan yang tidak selaras dengan syarak. Tujuan penetapan status kepatuhan syariah adalah untuk menentukan syarikat yang disenaraikan bagi membentuk Indeks Syariah Kuala Lumpur (KLSI).
stimulantsperangsangPsikologiPsikologi UmumDadah yang boleh meningkatkan tenaga, kewaspadaan dan aktiviti. Dadah seperti amfetamina, metamfetamina dan kokain boleh meningkatkan paras neurotransmiter dopamina atau serotonin. Tindakan ini akan memanjangkan kesan bahan tersebut pada reseptor masing-masing. Neurotransmiter dopamina banyak mempengaruhi tingkah laku yang berkaitan dengan motivasi. Transmiter tersebut boleh menguatkan dorongan individu untuk terlibat dalam aktiviti seperti seksual, makan, perjudian dan permainan video. Selain itu, dadah ini juga boleh mengganggu aktiviti bahagian otak lain dengan menimbulkan kekeliruan, kebimbangan dan kebengkengan. Dadah ini boleh membawa beberapa akibat buruk kepada penggunanya seperti masalah paru-paru, jantung, kemurungan, kebimbangan dan kematian.

Kembali ke atas