benchmark | tanda aras | Teknologi Maklumat | Tiada | 1.Ujian yang digunakan untuk mengukur prestasi perkakasan dan perisian. Perkakasan ditanda aras dengan menggunakan atur cara yang menguji keupayaan peralatan, misalnya kelajuan CPU. Perisian ditanda aras dengan menentukan kecekapan, ketepatan atau kelajuan atur cara melaksanakan tugas tertentu. 2.Proses mengukur prestasi perkakasan dan perisian. |
hardware interrupt | sampukan perkakasan | Teknologi Maklumat | Perisian | Mekanisme yang digunakan bagi mengubah persekitaran atur cara. Perpindahan kawalan atur cara ini dimulakan melalui perkakasan luaran. Bahagian atur cara tempat kawalan dihantar dikenali sebagai rutin perkhidmatan sampukan dalam subsistem ingatan. Sekiranya sampukan ini dilaksanakan dalam perkakasan, litar pengawal sampukan seperti pengawal sampukan teratur cara (PIC) akan menghubungkan peranti penyampuk dan pin sampukan pemproses kepada beberapa sumber sampukan melalui satu atau dua talian CPU. Sekiranya sampukan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada pengawal ingatan, sampukan ini akan dipetakan ke dalam ruang alamat ingatan sistem. Contoh sampukan perkakasan ialah sampukan topeng (IRQ) dan sampukan tanpa topeng (NMI). |
add-on security | keselamatan tambahan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Mekanisme perlindungan bagi mempertingkat keselamatan sistem komputer dengan menggunakan perkakasan atau perisian. Contohnya, perkakasan Dongel, perisian antivirus dan tembok api. |
AN hardware | perkakasan AN | Kejuruteraan Kapal Terbang | Tiada | Perkakasan piawai seperti nat, bolt, sesondol dan sebagainya yang reka bentuk bahannya telah diluluskan oleh Angkatan Tentera Laut dan Udara Amerika Syarikat bagi kegunaan pesawat awam dan tentera. |
software driver | pemacu perisian | Teknologi Maklumat | Perisian | Atur cara komputer yang membolehkan atur cara komputer aras tinggi berinteraksi dengan peranti perkakasan tertentu. Satu pemacu biasanya berkomunikasi dengan peranti melalui bas komputer atau subsistem komunikasi yang dihubungkan dengan perkakasan tersebut. Apabila satu atur cara panggilan mengaktifkan satu rutin dalam pemacu, pemacu itu akan mengeluarkan perintah kepada peranti tersebut. Sebaik sahaja peranti menghantar data kembali ke pemacu, pemacu tersebut akan melaksanakan rutin dalam atur cara panggilan berkenaan. Pelaksanaan pemacu bergantung pada perkakasan dan sistem pengendali yang sedia ada. HaI ini bererti terdapat pemacu yang boleh digunakan dalam perkakasan atau sistem pengendali tertentu tetapi tidak boleh digunakan dalam perkakasan atau sistem pengendali yang lain. Pelbagai jenis pemacu perisian yang digunakan untuk menyediakan antara muka adalah seperti pemacu perisian pencetak, video, kad rangkaian, kad bunyi, bas tempatan, bas I/O untuk tetikus, papan kekunci dan USB, sistem fail yang berla |
acceptance tooling | perkakas boleh terima | Aeroangkasa | Tiada | Perkakasan yang diterima untuk mengawal kualiti semasa proses pembuatan reka bentuk dan pembuatan perkakasan untuk menjamin ciri-ciri produk yang dapat diterima. |
operational characteristic | ciri kendalian | Kejuruteraan | Tiada | Ciri-ciri yang merujuk kepada kendalian perkakasan, secara sendirian atau berkait dengan perkakasan lain, misalnya frekuensi atau jenis modulasi. |
fault tolerance | toleransi sesar | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Tahap ketahanan sesebuah sistem atau perkakasan terhadap kesesaran sebelum sistem atau perkakasan tersebut menjadi tidak berfungsi atau rosak. Sistem yang mempunyai fungsi yang kritikal, biasanya mempunyai tahap boleh terima kesesaran yang tinggi, sekali gus menjadikannya lebih stabil. |
firewall | tembok api | Teknologi Maklumat | Perisian | Perisian atau perkakasan yang digunakan untuk mengawal capaian keluar dan masuk ke prasarana pengkomputeran organisasi berasaskan dasar keselamatan. Perisian atau perkakasan ini mempunyai petua yang mengandungi senarai capaian seperti hos, alamat IP, nombor port, ID pengguna dan proses yang dibenarkan untuk menggunakan prasarana komputer tersebut. Percubaan mencapai dengan cara selain daripada yang dinyatakan akan terhalang. Antara jenis tembok api ialah penapis paket, proksi aplikasi dan tembok api peribadi. |
firewall | tembok api | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian atau perkakasan yang digunakan untuk mengawal capaian keluar dan masuk ke prasarana pengkomputeran organisasi berasaskan dasar keselamatan. Perisian atau perkakasan ini mempunyai petua yang mengandungi senarai capaian seperti hos, alamat IP, nombor port, ID pengguna, dan proses yang dibenarkan untuk menggunakan prasarana komputer tersebut. Percubaan mencapai dengan cara lain akan terhalang. Antara jenis tembok api ialah penapis paket, proksi aplikasi dan tembok api peribadi. |