lexicalization | leksikalisasi | Kesusasteraan | Tiada | Perihal membekalkan sesuatu idea dengan sesuatu istilah atau nama. Contohnya, karya sastera Melayu pada zaman kewiraan abad ke-18 banyak memberi sinonim untuk konsep �kewiraan� seperti perwira, gagah, perkasa, sateria, kuat, kukuh dan tegap. Hal ini menunjukkan bahawa konsep kewiraan ini penting dalam budaya pada zaman tersebut. Terdapat dua ekstrem dalam prinsip leksikalisasi, iaitu lebih leksikalisasi yang bermaksud �membekalkan ideaa dengan pelbagai istilah�, iaitu suatu idea dengan banyak istilah, manakala kurang leksikalisasi (under-lexicalization) bermaksud suatu idea dibekalkan dengan terlalu sedikit istilah. Lebih leksikalisasi menjadi petanda tentang peri pentingnya dan signifikannya sesuatu idea dalam sesuatu budaya atau masyarakat, sementara kurang leksikalisasi pula menandakan hal yang sebaliknya. Dengan mengkaji konsep idea yang lebih prominen dan signifikan serta sebarang konsep yang kurang signifikan berdasarkan prinsip leksikalisasi, usaha ini dapat membantu penyelidik mengenal pasti k |
extroversion | ekstroversi | Psikologi | Psikologi Umum | Ciri-ciri personaliti individu seperti penonjolan diri, peramah, sosial, kurang berhati-hati atau suka menarik perhatian. Istilah awal ekstroversi diperkenalkan oleh Jung yang kemudiannya dikembangkan lagi oleh individu atau kumpulan yang berpegang pada Teori Lima Trait Perkasa. Individu yang mempunyai ciri ini biasanya mempunyai ramai kawan, selalu ceria, suka berpeleseran dan jarang duduk berseorangan. Walau bagaimanapun, pencapaian individu ini kurang menyerlah dalam pekerjaan atau aktiviti berbanding dengan orang berpersonaliti introvert. |

juxtaposition | jukstaposisi | Kesusasteraan | Tiada | Teknik meletakkan sesuatu perkataan, frasa, imej, dan konsep bersebelahan dengan perkataan, frasa, imej, dan konsep yang lain dalam sesebuah karya sastera. Jukstaposisi digunakan untuk memperhebat imej, menyerlahkan perbezaan atau persamaan, menyebatikan dan memperluas maksud melalui konotasi dan asosiasi imej. Contohnya, ungkapan �bulan dan dian� menyerlahkan persamaan sebagai sumber cahaya, di samping menghidupkan suasana sumber cahaya, di samping menghidupkan suasana ceria dan harmoni. Sebaliknya, ungkapan �taufan dan kolek� menonjolkan kontra (perbezaan) antara kuasa perkasa, keganasan, dan ketidakupayaan, di samping menghidupkan suasana takut dan ngeri. Jukstaposisi dikenali juga sebagai penjajaran dan parataxis. Jukstaposisi berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �meletakkan sebelah-menyebelah�. |