Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.lem.ba.ga.an] | ڤرلمباݢاءن

Definisi : undang-undang atau peraturan negeri, dasar pemerintah negeri: Malaya ber­satu padu dlm maksud mencapai kemerdekaan secara ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.lem.ba.ga.an] | ڤرلمباݢاءن

Definisi : undang-undang dasar pemerintahan sesebuah negara (pentadbiran sesebuah badan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembaga (kata nama)
1. Bersinonim dengan benih: janin, fetus, jauhar,

2. Bersinonim dengan acuan: cetakan

3. Bersinonim dengan bayang-bayang

4. Bersinonim dengan perbadanan: majlis

Kata Terbitan : berpelembagaan, perlembagaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
constitutional crisiskrisis perlembagaanSains PolitikPolitik PerbandinganKonflik yang wujud ekoran daripada tindakan sesuatu pihak untuk meminda atau merombak bahagian tertentu dalam dokumen perlembagaan. Tindakan tersebut menimbulkan bantahan atau tentangan daripada kelompok lain yang kemudian membawa kepada krisis perlembagaan. Pindaan atau rombakan dokumen perlembagaan akan hanya menimbulkan krisis apabila tindakan tersebut melampaui batas yang diterima seperti mengehadkan bidang kehakiman, menghapuskan hak istimewa kelompok tertentu, mengurangkan peruntukan belanjawan pihak tertentu atau menaikkan cukai dalam sektor tertentu. Contohnya, Malaysia pemah mengalami krisis perlembagaan pada tahun 1983 apabila kuasa raja-raja dihadkan.
supremacy of the constitutionketertinggian perlembagaanUndang-undangTiadaPerihal kedudukan Perlembagaan yang menghendaki semua undang-undang dan tindakan dibuat selaras dengan peruntukan Perlembagaan.
constitutional amendmentpindaan perlembagaanPentadbiranPentadbiran Awam

Satu proses untuk mengubah dan menyesuaikan undang-undang tertinggi bagi sesebuah negara berdasarkan keadaan dan perkembangan semasa. Perlembagaan biasanya dipinda dengan tujuan untuk menambah atau memansuhkan sesuatu peruntukan yang dianggap tidak sesuai dengan keadaan semasa dan keperluan rakyat. Pindaan Perlembagaan hanya boleh dibuat di Parlimen bagi peringkat persekutuan dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi peringkat negeri. Dalam konteks Malaysia, berdasarkan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda melalui empat cara iaitu, (i) Dengan kelebihan suara dua pertiga dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja, (ii) Dengan kelebihan suara dua pertiga dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen dan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak, (iii) Dengan kelebihan suara dua pertiga dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen dan (iv) Dengan kelebihan suara biasa dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen.

constitutional authoritarianismautoritarianisme berperlembagaanSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan autoritarian yang berasaskan perlembagaan. Pemerintahan ini mengekalkan ciri-ciri autoritarianisme seperti pemusatan kuasa, kawalan undang-undang yang ketal dan penolakan idea kebebasan individu atau hak individu. lni bermakna, perlembagaan yang diasaskan dalam sistem autoritarian ini tidak sama dengan konsep perlembagaan yang wujud dalam sistem demokrasi. Perlembagaan dalam sistem ini amat berkait rapat dengan unsur-unsur agama, adat atau budaya. Perlembagaan pula dibentuk dan dibincangkan hanya di kalangan elit yang memerintah tanpa merujuk kepada pandangan pembangkang dan majoriti masyarakat. Contoh negara yang mengamalkan sistem ini ialah Afghanistan semasa pentadbiran Taliban pada dekad 1990-an.
constitutional assemblymajlis perlembagaanSejarahTiadaBadan yang berhubung dengan hal-hal perlembagaan seperti tafsiran, pembentukan, penggubalan dan pindaan yang ditubuhkan untuk membentuk sistem pemerintahan berpelembagaan.
constitutional conventionsamalan perlembagaanUndang-undangTiadaAmalan yang diterima dan dipatuhi sebagai sebahagian daripada undang-undang perlembagaan sungguhpun bukan undang-undang.
constitutional proprietykewajaran di sisi perlembagaanUndang-undangTiadaKewajaran melakukan sesuatu tindakan dilihat dari sudut perlembagaan, contohnya penubuhan badan berkanun dan syarikat kerajaan.
constitutional monarchypemerintahan raja berperlembagaanPentadbiranPentadbiran Awam

Sistem pentadbiran beraja berasaskan perlembagaan. Raja berada di kemuncak hierarki pemerintahan berperanan untuk menggubal dan melaksanakan dasar-dasar petadbiranan sesebuah negara mengikut peruntukan dalam perlembagaan dan undang-undang. Dalam konteks ini, Raja tidak berkuasa mutlak kerana kuasa baginda dihadkan oleh Perlembagaan. Bagi melaksanakan pemerintahan, Raja tidak memegang kuasa secara langsung, tetapi mewakilkan kuasa itu kepada sekumpulan wakil yang menjadi anggota Kabinet diketuai oleh seorang Perdana Menteri. Baginda menjalankan tugas secara simbolik dan menjadi lambang perpaduan serta tonggak kekuasaan. Pemerintahan raja berperlembagaan menetapkan raja dikehendaki menerima nasihat daripada anggota Kabinet dan bertindak menurut nasihat tersebut.

constitutional democracydemokrasi berperlembagaanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip yang telah digariskan dalam perlembagaan. Secara umumnya, proses pemerintahan dalam sistem ini dibahagikan kepada tiga institusi yang utama iaitu eksekutif, kehakiman dan perundangan. Setiap satu institusi mempunyai bidang tugas dan skop pentadbiran yang telah ditetapkan dalam perlembagaan. Dalam menjalankan fungsi masmg-masing, ketiga-tiga institusi ini mesti berpandukan kepada peraturan dan bidang kuasa yang telah termaktub dalam perlembagaan tersebut. Sebarang tugas atau pentadbiran yang bertentangan dengan perlembagaan dilihat sebagai menyalahi peraturan. Sementara itu, penyertaan, kebebasan dan persaingan politik juga perlu berpandukan kepada peraturan yang telah ditetapkan dalam perlembagaan negara tersebut. Contoh negara demokrasi berperlembagaan ialah Malaysia, New Zealand, Australia dan Denmark.
constitutional lawundang-undang perlembagaanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSemua peraturan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang menyentuh pembahagian dan pelaksanaan kuasa kerajaan. Peraturan ini termasuklah peraturan-peraturan yang menyelaraskan struktur cabang utama kerajaan dan perhubungan mereka sesama sendiri serta penentuan tugas utama masing-masing. Setiap negara mempunyai undangundang perlembagaan masing-masing. Undang-undang perlembagaan menentukan kaedah peraturan undang-undang antarabangsa diterima pakai di negara tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas