essential amino acid | asid amino perlu | Veterinar | Tiada | Sekumpulan asid amino yang penting dan perlu ada dalam makanan pada aras yang bersesuaian mengikut keperluan makanan. Terdapat 10 jenis asid amino perlu iaitu lisina, metionina, fenilalanina, valina, triptofan, arginina, histidina, isoleusina, leusina dan treonina yang perlu ada dalam makanan kerana asid-asid ini tidak boleh disintesiskan dalam tubuh, atau jika disintesiskan ia masih tidak mencukupi. Asid amino perlu menjadi sumber atau asas kepada pembentukan asid amino yang lain. Biasanya, seekor unggas memerlukan salah satu asid amino perlu sama ada glisina atau serina kerana dua jenis asid amino ini boleh berubah dengan sendiri. Kualiti sesuatu protein dalam makanan ternakan bukan ruminan sangat bergantung kepada kandungan asid amino perlu. |
amino acid | asid amino | Pertanian | Agroteknologi | Sebatian organik yang mengandungi kumpulan amino dan karboksil. Rantaian asid amino akan membentuk protein. Terdapat 22 jenis asid amino, iaitu 11 daripadanya ialah asid amino perlu manakala 11 lagi ialah asid amino tak perlu. Contoh asid amino perlu ialah isoleusina, leusina, lisina, metionina, fenilalanina, treonina, triptofana, valina, histidina dan tirosina. Contoh asid amino tak perlu pula ialah alanina, arginina, aspartat dan sistina. Asid amino diperlukan dalam pemakanan tumbuhan dan haiwan. |
non-essential amino acid | asid amino tak perlu | Veterinar | Tiada | Asid amino yang diperlukan untuk proses metabolisme tetapi di dalam tubuh asid ini boleh disintesiskan oleh asid amino perlu. Terdapat 12 jenis asid amino tak perlu, iaitu alanina, asparagina, asid aspartik, sistina, sisteina, asid glumatik, glutamina, glisina, hidroksiprolina, prolina, serina dan tirosina. |
essential nutrient | nutrien perlu | Gerontologi | Tiada | Nutrien yang perlu dibekalkan dalam diet kerana tubuh tidak boleh mensintesiskannya. |
tax payable | cukai perlu bayar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Cukai yang perlu dibayar setelah ditolak kredit cukai. |
dilapidated report | laporan keusangan | Kesenian | Seni Bina | Laporan penilaian tentang tahap keusangan sesebuah bangunan. Laporan ini merupakan kenyataan tunjuk sebab yang memberikan peluang kepada pemilik untuk menyatakan mengapa mereka perlu atau tidak perlu menjalankan kerja-kerja membaik pulih bangunan tersebut. Penilai dan pemilik bangunan boleh berunding mengenai hasil penilaian bangunan bagi memuaskan hati kedua-dua pihak sebelum kerja-kerja pembaikan dibuat. |
flashing amber | ambar kelip | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Keadaan lampu isyarat warna kuning pinang masak yang berkelip-kelip di waktu malam, pada setiap arah jalan tuju untuk menandakan bahawa pemandu tidak perlu berhenti tetapi perlu berwaspada. |
essential amino acid | asid amino perlu | Farmasi | Tiada | Asid amino yang tidak dapat disintesis oleh haiwan, dan dengan itu perlu diperoleh daripada makanan. Contohnya, isleusina, leusina, fenilalanina, lisina, metionina, treonina, valina, arginina, histidina dan triptofon. |
essential amino acid | asid amino perlu | Kimia | Tiada | Asid amino yang tidak dapat disintesis oleh haiwan, dan dengan itu perlu diperoleh daripada makanan. Misalnya isoleusina, leusina, fenilalanina, lisina, metionina, trenina, valina, dan triptofan. |
self-watering containers | bekas pengairan sendiri | Pertanian | Agroteknologi | Set bekas dan pasu yang digunakan supaya pengairan tidak perlu dilakukan dengan kerap. Pasu perlu mengandungi medium atau tanah, dan terdapat lubang-lubang yang boleh dilalui air di bahagian bawah pasu tersebut. Pasu ini diletakkan di atas suatu bekas yang mengandungi air yang bertakung. Air diserap ke dalam medium melalui sumbu (kain, tali) supaya sentiasa lembap dan akar pokok dapat menyerap air. Bekas tersebut hanya perlu diisi air kira-kira seminggu sekali. Singkatan SWC. Sinonim autopasu. |