selective demand | permintaan terpilih | Komunikasi | Korporat | Jenis permintaan terhadap barangan berasaskan jenama dan bukannya kelompok. Arah aliran permintaan terhadap jenama boleh berubah berdasarkan keadaan pasaran yang mudah dipengaruhi oleh gaya kehidupan dan cita rasa pengguna. Maklumat mengenai permintaan terpilih penting bagi pengeluar merancang barangan baru untuk memenuhi permintaan pengguna. Pengguna berkuasa menentukan permintaan terhadap jenama barangan. Selain itu, kekuatan pengaruh jenama dalam pasaran turut ditentukan oleh skala promosi dan pengiklanan. Permintaan terpilih dikenali juga sebagai permintaan sekunder dan bukannya permintaan primer. |
dependent demand | permintaan bersandar | Pentadbiran | Tiada | Tahap permintaan yang bergantung kepada permintaan barangan berkaitan. |
primary demand/ generic demand | permintaan asas | Komunikasi | Korporat | Jenis permintaan terhadap barangan berasaskan kelompok dan bukannya jenama. Jenis permintaan terhadap kelompok barangan boleh berubah disebabkan oleh pengaruh ekonomi, politik, teknologi, dan persekitaran sosiobudaya. Kelompok barangan boleh terbentuk berasaskan ciri pengeluaran barangan. Contohnya, barangan yang berasaskan sistem mekanikal berbanding barangan yang berasaskan ciri elektronik (digital atau analog), barangan berasaskan organik berbanding barangan berasaskan bahan kimia, dan barangan berasaskan seramik berbanding barangan plastik. Penjenisan permintaan bagi kelompok barangan dilakukan untuk menentukan andaian arah aliran pasaran semasa dan akan datang. Perubahan permintaan keseluruhan biasanya berlaku disebabkan oleh kemajuan teknologi. Contohnya, pada tiga suku terakhir abad ke-20, permintaan terhadap barangan berasaskan sistem digital meningkat berbanding barangan berasaskan mekanikal. Permintaan asas dikenali juga sebagai permintaan generik. |
independent demand | permintaan tak bersandar | Pentadbiran | Tiada | Permintaan yang tidak bergantung kepada permintaan barangan lain. |
diversity factor | faktor kepelbagaian | Teknik | Elektrik | Nisbah jumlah permintaan maksimum individu terhadap permintaan maksimum keseluruhan, bagi sesuatu jenis beban atau kabel. |
maximum demand | permintaan maksimum | Teknik | Elektrik | Kuasa maksimum yang digunakan oleh pengguna. Kuasa ini dicatatkan oleh meter permintaan maksimum. Kadar bayaran yang dikenakan pada pengguna berkuasa besar, seperti kilang, mengikut kadar permintaan maksimum, di samping kadar harian. |
current demand | permintaan arus | Teknik | Elektrik | 1. Kadar arus minimum yang diperlukan oleh sesuatu beban atau litar akhir bekalan arus ulang-alik. Permintaan arus, I, dapat ditentukan dengan membahagikan kuasa dalam watt beban, W, dengan voltan bekalan, V, iaitu diberikan dalam formula: Dengan mengetahui permintaan arus, saiz kabel dan kadar pelindung arus lebih dapat dikira. 2. Banyaknya kuasa yang perlu dibekalkan pada sesuatu masa. |
kinked demand | permintaan terpatah | Ekonomi | Tiada | Permintaan yang tidak bersambungan bagi firma oligopoli kerana pesaing-pesaing akan bertindak mengikuti harganya jika turun dan tidak apabila harganya naik. |
probabilistic demand | permintaan berkebarangkalian | Pentadbiran | Tiada | Permintaan dalam model inventori yang mana kebarangkaliannya boleh ditentukan. |
annual demand | permintaan tahunan | Pentadbiran | Tiada | Keperluan permintaan untuk satu tahun. |