exodus | perhijrahan (besar-besaran) | Sejarah | Tiada | 1. Penghijrahan atau perpindahan beramai-ramai misalnya perpindahan orang-orang Israel dari Mesir di bawah pimpinan Nabi Musa.,2. Judul buku kedua dari Injil yang menceritakan tentang perpindahan orang-orang Israel dari Mesir. |
secure hypertext transfer protocol (SHTTP) | protokol perpindahan hiperteks selamat (SHTTP) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Protokol perpindahan hiperteks (HTTP) yang ditingkatkan untuk membenarkan komunikasi selamat melalui rangkaian Internet. Protokol ini menyulitkan fail atau menyertakan sijil digital pada fail untuk tujuan pengesahan. Pelanggan yang menggunakan SHTTP untuk menghubungi pelayan boleh menghantar sijil digital untuk mengesahkan identiti pengguna, di samping mengesahkan identiti pelayan pada masa yang sama. |
apical migration | migrasi ke apeks | Perubatan | Tiada | Perpindahan ke bahagian apeks seperti perpindahan atakmen gingiva ke arah apeks akibat penyakit periodontium. |
hypertext transfer protocol (HTTP) | protokol perpindahan hiperteks (HTTP) | Teknologi Maklumat | Perisian | Protokol komunikasi yang digunakan untuk mencapai dokumen hiperteks dalam persekitaran web. Pembangunan HTTP telah diselaraskan oleh Konsortium WWW dan pasukan bertugas Kejuruteraan Internet (IETF), yang menghasilkan RFC2616 bagi mentakrifkan protokol versi pertama, iaitu HTTP/1.1 pada tahun 1999. Protokol ini merupakan piawai minta/tindak balas antara pelayan dengan pelanggan. Pelanggan merupakan pengguna akhir, manakala pelayan ialah tapak web. Oleh itu, pelanggan akan membuat permintaan HTTP menggunakan pelayar web atau alat yang berkaitan, manakala pelayan akan menyimpan sumber seperti fail HTML dan imej. Apabila pelanggan HTTP memulakan permintaan, kebiasaannya protokol ini akan mewujudkan hubungan protokol kawal perpindahan (TCP) kepada port tertentu pada hos untuk meneruskan proses permintaan pelanggan. |
transmission | perpindahan | Undang-undang | Tiada | Perihal berpindah dengan tiada pelaku yang memindahkannya. |
impulse transfer | perpindahan impuls | Fizik | Tiada | Tiada |
radiative transfer | perpindahan menyinar | Fizik | Tiada | Tiada |
convection transfer | perpindahan perolakan | Fizik | Tiada | Tiada |
radiative transfer | perpindahan sinaran | Geografi | Tiada | Tiada |
permanent movement | perpindahan kekal | Kependudukan | Tiada | Tiada |