Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.se.ku.tuan] | ڤرسکوتوان

Definisi : 1. pergabungan (persatuan dll) utk kepentingan bersama ahli-ahli; 2. pergabungan negara-negara dll: P~ Tanah Melayu; 3. Id syarikat perdagangan (per­usahaan dll), perkongsian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sekutu (kata nama)
1. Bersinonim dengan kawan: sahabat, teman, pengikut, taulan, saing, handai, konco, pasangan, kerabat, kenalan, rakan, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan gabungan: syarikat, ikatan, kombinasi, perkumpulan, pertubuhan, kelompok, kesatuan, golongan,
Berantonim dengan individu

Kata Terbitan : menyekutui, menyekutukan,mempersekutukan, persekutuan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Federal CouncilMajlis PersekutuanPentadbiranTiadaBadan atau organisasi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi menjalankan tugas penyelarasan pentadbiran dalam sesuatu bidang tertentu. Badan ini juga berperanan melicinkan perjalanan jentera pentadbiran kerajaan persekutuan. Terdapat beberapa jenis majlis persekutuan seperti Majlis Tanah Negara, Majlis Kewangan Negara dan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang ditubuhkan oleh kerajaan pusat. Manakala Majlis Tindakan Negara, Majlis Keselamatan Negara dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara ditubuhkan di bawah kuasa eksekutif untuk membantu Jemaah Menteri menyelaraskan kegiatan kementerian di peringkat persekutuan.
federal officerpegawai persekutuanPentadbiranTiadaAnggota perkhidmatan awam yang dilantik oleh kerajaan persekutuan untuk menguruskan hal-ehwal pentadbiran. Antara peranan utama pegawai persekutuan termasuklah merealisasikan hasrat dan impian kerajaan, melaksanakan dasar-dasar pemerintahan negara dan membantu menyampaikan maklumat daripada pihak kerajaan kepada orang awam. Pegawai ini terikat dengan Perintah Am dan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab mereka. Contohnya, Pegawai Tadbir dan Diplomatik ialah pegawai persekutuan yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua aspek pentadbiran pusat.
federal blue printrangka tindakan persekutuanPentadbiranPentadbiran Awam

Dokumen rasmi yang digubal oleh kerajaan persekutuan dalam merencana atau merancang program atau projek pembangunan negara. Rangka tindakan persekutuan menjadi garis panduan dan rujukan kepada pihak pemerintah atau pentadbir dalam merealisasikan matlamat dan cita-cita negara. Dokumen ini mengandungi elemen-elemen seperti teras, objektif, prinsip atau rasional dan strategi pelaksanaan khusus sesuatu aktiviti. Contohnya Rancangan Malaysia Ke-9 merupakan rangka tindakan persekutuan yang digubal untuk pihak pemerintah melaksanakan pembangunan negara dalam tempoh lima tahun.

Federal Legislative CouncilMajlis Perundangan PersekutuanPentadbiranTiadaBadan yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal undang-undang di peringkat persekutuan. Fungsi utama Majlis Perundangan Persekutuan adalah untuk menggubal, meminda dan memansuhkan undang-undang, meluluskan belanjawan negara dan mengenakan cukai-cukai baru.
federal stylegaya persekutuanKesenianSeni BinaGaya seni bina klasik yang muncul di Amerika Syarikat antara tahun 1780-an hingga 1830. Antara ciri gaya persekutuan ialah rumah atau bangunan dibina berasaskan bentuk segi empat sama atau segi empat tepat, mempunyai dua atau tiga tingkat, dan dibina menggunakan konsep geometri. Contoh gaya persekutuan dapat dilihat pada bangunan Massachusetts State House yang dibina pada tahun 1798.
Federal Consolidated FundKumpulan Wang Disatukan PersekutuanUndang-undangTiadaKumpulan wang yang ditrima oleh kerajaan persekutuan daripada hasil cukai, denda lesen dan sebagainya.
City CouncilDewan Bandar RayaPentadbiranTiadaBadan pentadbiran kerajaan tempatan yang ditubuhkan di bawah Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190), yang menjadi pusat pentadbiran bagi ibu kota persekutuan. Kriteria asas badan ini ialah hasil pendapatan tahunan melebihi RM20 juta dan jumlah penduduk melebihi sejuta orang. Dewan Bandar Raya bertanggungjawab untuk merancang, menghasilkan pendapatan dan membangunkan bandar raya tersebut. Badan ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan dibantu oleh Ahli Majlis Dewan Bandar Raya yang terdiri daripada 8 hingga 24 orang ahli. Contoh Dewan Bandar Raya ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Federation of Asian Amateur Boxing (F.A.A.B.)Persatuan Tinju Amatur Asia (P.T.A.A.)SukanTiadaSebuah persekutuan tinju amatur dari benua Asia yang bergabung dengan persekutuan tinju amatur antarabangsa.
delimitation of constituencypersempadanan bahagian pilihan rayaUndang-undangTiadaPengubahan yang dibuat dalam pembahagian Persekutuan dan Negeri-Negeri kepada bahagian-bahagian pilihan raya selepas kajian semula dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan syor dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya supaya diubah mana-mana bahagian pilihan raya.
federal budgetbelanjawan persekutuanPentadbiranPentadbiran Awam

Dokumen kewangan kerajaan pusat yang mengandungi perancangan prestasi kewangan, kerangka kerja, cadangan pengendalian operasi dan perbelanjaan untuk tahun kewangan yang akan datang. Belanjawan ini perlu dibentangkan di Parlimen oleh Menteri Kewangan bagi mendapatkan kelulusan Dewan Rakyat untuk pengeluaran peruntukan daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan. Belanjawan persekutuan digunakan untuk tujuan pengurusan dan pembangunan negara yang melibatkan semua sektor.

12345678910...

Kembali ke atas