agoge | tekanan agogik | Muzik | Tiada | Beberapa variasi tekanan yang wujud dalam sesuatu karya yang melahirkan kelonggaran aliran ritma dalam persembahan. Tekanan boleh berlaku dalam beberapa cara, iaitu pertama, tekanan agogik berhubung rapat dengan ekspresi dalam muzik seperti rallentando, pausa, rubato dan accelerando. Kedua ialah not pertama dalam frasa diberi tekanan dan boleh dilanjutkan sedikit ritmanya. Ketiga pula, salah satu not lompatan dari not rendah ke not tinggi atau sebaliknya boleh diberi tekanan. Keempat diskord yang terus maju ke konkord dalam frasa diberi tekanan. |
tosto | tosto | Muzik | Tiada | Gaya persembahan yang dimainkan dengan tempo yang cepat, pantas dan lincah, terutamanya dari segi kelajuan persembahan dalam sesuatu karya. |
vivace | vivace | Muzik | Tiada | Gaya persembahan yang menggambarkan perasaan yang bertenaga dan bersemangat. Contohnya, dalam karya Song Without Words, Op. 19, No. 3 oleh Mendelssohn. Gaya persembahan ini ditandai Molto Allegro e vivace yang bermaksud sangat cepat dan bertenaga. |