first class | kelas pertama | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kelas bagi gred pertengahan bilik hotel yang kebanyakan biliknya mempunyai bilik mandi persendirian atau separa persendirian dan kebanyakan biliknya disediakan perkhidmatan awam. |
personal rapid transit | transit persendirian segera | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Pengangkutan persendirian bagi memudahkan perjalanan penumpang dalam sesuatu kawasan yang luas seperti kawasan kampus. |
semi-private area | kawasan separa persendirian | Landskap | Tiada | Tempat persendirian yang juga dapat digunakan oleh tetamu tertentu. |
private seal | meterai persendirian | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tanda meterai yang digunakan untuk kegunaan persendirian. |
private label product | keluaran label persendirian | Ekonomi | Tiada | Keluaran yang menggunakan jenama persendirian. |
personal effects floater | pengapung barang persendirian | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Polisi melindungi barang persendirian yang selalu dibawa oleh pelancong. Polisi boleh diunderait dalam bentuk semua risiko atau peril tertentu. Perlindungannya meliputi seluruh dunia tetapi tidak termasuk tempat kediaman pihak yang diinsuranskan. |
personal theft policy | polisi kecurian persendirian | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perlindungan terhadap kecurian untuk harta di kediaman persendirian berdasarkan semua risiko. Perlindungan ini biasanya adalah sebahagian daripada kontrak insurans empunya rumah. |
private goods | barang persendirian | Ekonomi | Tiada | Barang dan perkhidmatan yang hak menggunanya dapat ditentukan secara eksklusif. Apabila barang persendirian digunakan oleh individu atau firma, barang tersebut tidak lagi dapat digunakan oleh individu atau firma yang lain. Misalnya, kereta, rumah, tanah, dan perkhidmatan buruh. |
personal property floater | pengapung harta persendirian | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bentuk polisi yang luas untuk perlindungan semua harta persendirian tanpa mengambil kira di mana harta itu berada. Perlindungan ini boleh juga diinsuranskan di bawah polisi empunya rumah. |
VPN (virtual private network) | VPN (rangkaian persendirian maya) | Teknologi Maklumat | Tiada | Rangkaian komunikasi yang menggunakan rangkaian persendirian selain rangkaian telefon suis awam(PSTN) sebagai tulang belakang rangkaian kawasan luas(WAN). |