conjugation | konjugasi | Biologi | Genetik | 1. Penyatuan gamet atau organisma ekasel semasa persenyawaan. 2. Proses persenyawaan dua sel bakteria yang berbeza mengawanannya dengan menggunakan pilus seks. pemindahan konjugatif. |
physiological isolation | pemencilan fisiologi | Biologi | Ekologi | Halangan berlakunya persenyawaan akibat perbezaan fisiologi pada alat kopulasi. Misalnya, pada Drosophila, selepas kopulasi dengan spesies yang sama, persenyawaan akan berlaku. Tetapi jika kopulasi terjadi dengan spesies yang berlainan, persenyawaan tidak akan berlaku. |
fertilization | persenyawaan; pembajaan | Perubatan | Tiada | Persenyawaan: Penyatuan gamet jantan dengan gamet betina untuk membentuk zigot yang seterusnya berkembang menjadi individu baru. |
dispermic fertilization | persenyawaan disperma | Bioteknologi | Tiada | Persenyawaan yang melibatkan kemasukan dua sperma ke dalam satu ovum. |
double fertilization | persenyawaan ganda dua | Biologi | Genetik | Persenyawaan yang berlaku dalam tumbuhan, iaitu apabila satu nukleus sperma bertaup dengan nukleus telur untuk membentuk zigot diploid dan satu lagi nukleus bertaup dengan nukleus polar untuk membentuk nukleus endosperma triploid. |
Self fertilization, selfing | Persenyawaan sendiri | Pertanian | Tiada | Proses persenyawaan di antara gamet betina dan gamet jantan pada bunga yang sama atau bunga berlainan pada tumbuhan yang sama. Proses ini bertujuan untuk menghasilkan biji benih baka yang sama. |
self-fertilization/selfing | persenyawaan sendiri | Herba | Botani dan Bioteknologi | Proses persenyawaan antara gamet betina dengan gamet jantan pada bunga yang sama atau bunga berlainan pada tumbuhan yang sama. Proses ini bertujuan untuk menghasilkan biji benih baka yang sama. |
oogamy | oogami | Biologi | Mikologi | Persenyawaan yang melibatkan unsur-unsur jantan dan betina yang dapat dibezakan secara morfologi. Persenyawaan ini biasanya melibatkan gamet betina tak motil yang besar dan gamet jantan motil yang kecil. |
adelphogamy | adelfogami | Biologi | Mikologi | Persenyawaan antara sel induk dengan sel anak yang terbentuk secara mitosis daripada sumber yang sama, misalnya persenyawaan yang berlaku pada sel yis. |
fertilization | persenyawaan | Veterinar | Praklinikal | Proses penyatuan sperma dengan ovum untuk membentuk zigot. Apabila sperma memasuki ovum; berlaku satu tindak balas yang mencegah sperma lain bersenyawa dengan ovum tersebut. Nukleus sperma dan nukleus ovum bergabung semasa proses singami; iaitu persenyawaan dianggap selesai. Sinonim pergabungan oosit-sperma. |