Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ru.ma.han] | ڤرومهن

Definisi : 1. kumpulan rumah, rumah-rumah tempat tinggal: Petaling Jaya sebuah kota kecil ~ dan perusahaan; syarikat ~ syarikat yg mendirikan rumah-rumah (utk ahli-ahli atau utk dijual); 2. perihal pe­ngurusan tempat tinggal (rumah): masalah ~ sedikit sebanyaknya sudah dapat diatasi dgn pembinaan rumah-rumah pangsa; pejabat ~ pejabat yg mengurus rumah pegawai ke­rajaan; 3. tanah kosong (tapak) utk men­diri­kan rumah: kawasan ~ baharu di Kampung Tunku; 4. = perumah kayu tempat mata ketam (serut); 5. Mn ark pendirian, maksud: ~mu sudah jelas kini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ru.ma.han] | ڤرومهن

Definisi : 1 kumpulan rumah; rumah-rumah tempat tinggal: Tempat itu dijadikan kawasan ~ utk bekas tentera. 2 hal dll mengenai rumah: masalah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perumahan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
housing layout planpelan tataatur perumahan/pelan susun atur perumahanSosiologiTiadaPelan pembahagian tanah terperinci bagi kawasan perumahan.
housing layout planpelan tataatur perumahan/ pelan susun atur perumahanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPelan pembahagian tanah terperinci bagi kawasan perumahan.
housing bondbon perumahanPentadbiran PerniagaanTiadaBon yang diterbitkan oleh pihak berkuasa perumahan untuk membiayai pembangunan perumahan dengan bayaran gadai janji dijadikan sandaran bagi pembayaran pokok dan faedah.
cluster housingperumahan berkelompokLandskapTiadaJenis perumahan berkelompok yang dinding sisi dan belakang setiap rumah bercantum. Kawasan perumahan ini lengkap dengan kemudahan untuk persendirian dan komuniti.
deck access housingperumahan laluan dekLandskapTiadaKawasan perumahan yang jalan masuk ke rumah melalui pelantar. Perumahan jenis ini biasanya terdapat di kawasan berbukit atau berair seperti di kawasan paya.
housing policydasar perumahanPentadbiranPentadbiran Awam

Dasar yang menyentuh tentang pembangunan perumahan serta petempatan orang ramai dalam sesebuah negara. Ia berkait rapat dengan penilaian eknomi dan sosial khususnya dari sudut harganya, pasarannya, persaingan mendapatkannya serta agihannya. Dasar ini juga melibatkan pemerhatian terhadap impak perumahan kepada reruang, kesesakan dan akses kepada kemudahan awam, impak kepada alam sekitar dengan pembukaan tanah, kelonggaran kepada golongan termiskin dan perkembangan permintaan. Dasar perumahan yang baik akan cuba mengawal perkembangannya supaya tidak memberi kesan sampingan yang negatif serta cuba memberi kemudahan kepada golongan ramai atau bawahan.

public housingperumahan awamSosiologiTiadaSkim perumahan yang disediakan oleh pihak berkuasa untuk menyediakan tempat tinggal kepada golongan miskin. Lazimnya kadar sewa yang dikenakan di bawah kadar sewa ekonomi.
country homesperumahan kedesaanSosiologiTiadaKawasan perumahan moden di pinggir bandar yang kepadatan rendah dan mempunyai ciri desa.
housing needskeperluan perumahanSosiologiTiadaJumlah unit perumahan yang diperlukan bagi tujuan menempatkan semua isi rumah.
low cost housingperumahan kos rendahSosiologiTiadaProjek perumahan harga murah yang dibangunkan untuk penduduk yang berpendapatan rendah.
12345678910...

Kembali ke atas