borstal | borstal | Undang-undang | Tiada | Tempat atau institusi pemulihan dan latihan pesalah-pesalah muda. |
deflecting offenders | pemesongan pesalah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan menukar haluan pesalah atau orang yang berpotensi menjadi pesalah daripada melakukan jenayah. Perbuatan ini dilakukan dengan menghalang penjenayah daripada mencapai matlamatnya seperti meningkatkan tahap keselamatan sasaran. Tindakan ini termasuklah usaha untuk mengalihkan pesalah daripada laluan jenayah seperti menyediakan pemulihan tanpa penahanan. |
persistent offenders | pesalah tegar | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Seseorang yang melakukan jenayah berulang kali dan berkemungkinan akan melakukan jenayah lagi sekiranya tidak ada intervensi seperti kaedah pemulihan yang dapat menghentikan pengulangan kesalahan tersebut. Pesalah tersebut juga dikenali sebagai pesalah kronik. |
victim-offender mediation | pengantaraan mangsa-pesalah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Suatu proses pertemuan antara mangsa dengan pesalah bersama dengan pengantara dalam situasi yang selamat dan berstruktur bagi menyelesaikan pertelingkahan. Matlamat pengantaraan ini adalah untuk mencapai perdamaian antara pihak yang terlibat di samping mewujudkan rasa kebertanggungjawaban terhadap kesalahan yang berlaku. Ada kalanya ganti rugi atau pampasan diberikan kepada mangsa. |
victim-offender relationship | hubungan mangsa-pesalah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Hubungan atau perkaitan yang wujud antara mangsa dengan pesalah yang membantu menjelaskan hal keadaan pemangsaan. Hubungan ini penting dalam proses pemprofilan mangsa jenayah. Contohnya, hubungan ini membantu pegawai penyiasat dalam mengenal pasti motif jenayah yang berlaku. |
victim-offender reconciliation program | program pendamaian mangsa-pesalah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu program di bawah pendekatan keadilan restoratif, iaitu pesalah, mangsa dan mereka yang terkesan dengan sesuatu jenayah dijemput untuk bertemu dan membincangkan kemudaratan atau kerugian yang ditanggung akibat jenayah tersebut dan cara mengatasinya. |
offender | pesalah | Pendidikan | Tiada | Tiada |
offender | pesalah | Pendidikan | Tiada | Tiada |
offender | pesalah | Sosiologi | Tiada | Tiada |
offender | pesalah | Undang-undang | Tiada | Tiada |